Mengira Kapasiti Pendinginan

Kapasiti pendinginan atau cooling capacity bermaksud haba dalam bilik yang harus dikeluarkan sehingga bilik tersebut mencapai suhu dan kelembapan tertentu. Rekabentu piawai untuk keadaan ini ialah pada suhu 24°C dan kelembapan relatif 55%. Kajian menunjukkan kombinasi suhu dan kelembapan relatif ini adalah paling kondusif untuk tubuh manusia. Dalam ertikata lain anda akan berasa selesa berada dalam bilik tersebut.

Oleh itu pengetahuan berkaitan kapasiti pendinginan dapat membantu anda memilih penyaman udara yang paling sesuai dan optimum dengan bil bulanan anda. Bahagian ini akan menerangkan cara mendapatkan kapasiti pendinginan yang sesuai untuk sesebuah ruang dimana anda akan memasang penyaman udara.

Langkah 1

Kira Isipadu Bilik iaitu panjang (ft) x lebar (ft) x tinggi (ft) = V ft³

Langkah 2

Darabkan isipadu ini dengan 6

C1 = V x 6

Langkah 3

Anggarkan jumlah orang (P) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka untuk aktiviti harian biasa.

C2 = P x 500 BTU/jam

Langkah 4

Jumlahkan kedua-dua nilai = C1 + C2 = C (BTU/jam)

Nilai C adalah kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk ruang/bilik yang telah anda kira diatas. Selepas anda memperolehi nilai ini, anda bolehlah mencari penyaman udara yang mempunyai kapasiti pendinginan paling hampir.

Satu lagi istilah yang biasa digunakan oleh penjual ialah HP (horse power). Mereka mungkin akan mengesyorkan kepada anda 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan sebagainya apabila anda ingin membeli penyaman udara. Namun HP bukanlah ukuran yang tepat untuk menganggarkan kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk bilik anda. HP hanya merujuk kepada kuasa pemampat pada unit penyaman udara.

Huraian selanjutnya boleh dirujuk pada bahagian HP vs BTU.

19 comments on “Mengira Kapasiti Pendinginan
  1. yus says:

    ok. keluasan masjid 1080persegi, brape hp . tlg cadangkan tq

  2. Syazana Jaafar says:

    cikgu ada jadual tak mengenai aircond berapa hp dan bekalan kuasa yg diperlukan.boleh tolg berikan maklumat

    • cikgunas says:

      Perkaitan HP dan bekalan kuasa ini bergantung pada model dan standard ujian yang dibuat oleh pengilang. Sebagai contoh untuk model MXX : 1HP = 930Watt, 1.5HP = 1270 Watt, 2HP = 1900 Watt & 2.5 HP = 2850 Watt.

  3. mohamad zulhanifa says:

    cikgu yg langkah 2 tu knpe mesti didarabkan dengan 6 ?? mohon penjelasan cikgu . saye x paham

    • cikgunas says:

      Itu adalah rumus untuk mengira kapasiti pendinginan. Nilai C iaitu C1 + C2 yang anda perolehi adalah dalam unit BTU/jam.

      1 HP = 9000BTU/jam

      Jika C/9000 anda akan dapat dalam bentuk HP.

      • md kambali daud says:

        Pengiraan saya berdasarkan pengalaman keluasan sqf ini di darsbkan 100 btuhhr/sqf jadi 108000 heat enery yg di perlu untuk menyejokan. 1 hp boleh generste 10000 btuhhr.
        Jadinya sejumlah 10.8 hp air con set di perlukan.
        4 set 3 hp atau 6 set 2 hp.

      • Shafiq says:

        Minta maaf cikgu..
        1HP sebenarnya = 2545 btu/jam bkn 9000btu/jam

        • cikgunas says:

          Terima kasih atas makluman tersebut tn. Persamaan 1HP = 2545btu/jam merujuk kepada kuasa untuk pemampat sahaja. Kapasiti sebenar bagi keseluruhan sistem apabila lengkap beroperasi untuk menyerap haba ialah 1HP = 9000btu/jam ~ 10000btu/jam bergantung kepada rekabentuk sistem yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar.

        • Zul says:

          Sorry to say. 1hp=2545 btu/hr is for electricity term
          1 hp=9000btu/hr is in the thermal term. it means that 745kW of electricity can produce 2.4 kw cooling effect on the room and also it mean the cop of air cond is 2.5

  4. AjimPadil says:

    Pada langkah 2
    Darap isi padu ini dengan 6
    6 = mewakili APA ?

  5. Daniel says:

    Terima kasih atas perkongsian info ini. Sangat berguna.

  6. sabri says:

    cikgu nak tanya kt malaysia pakai standard apa ye pemasangan aircond

  7. lie5959 says:

    Salam cikgu..bagaimana boleh menghubungi cikgu..email cikgu

  8. Poknik says:

    Saya nk tanya kalau keluasaan rruang tamu 23×20 kaki ps…brape hp/kuasa yg sesuai…tolong respon admin

  9. Zul says:

    Salam Cikgu,

    Untuk pengiraan cooling load dalam satu bangunan, cara mana yang lebih tepat. Gunakan cara yang cikgu tunjuk di atas (rule of thumb) atau mengunakan CLTD method cooling load berdasarkan buku dan jadual daripada ASHRAE Handbook lebih tepat. Berdasarkan MS1525-207, mereka mengesyorkan menggunakan pengiraan daripada ASHRAE Handbook untuk mengira cooling load dalam sesuatu bangunan. Harapan semua pertanyaan saya dijawab. Terima kasih.

  10. Mahu kontraktor Enterprise says:

    Salam cikgu..
    Pertanyaan..

    Berdasarkan pemahaman saya..
    1)1org/kepala pengiraan btu 500btu/jam.
    a)contoh dlm ruang bilik ada 30orang x 500btu/jam= 15000btu/jam
    2)isipadu setiap ruang perlu di x 6.(PxLxT)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


Catatan Terkini

Dapatkan catatan terkini terus ke emel anda. Verify emel anda di inbox emel selepas langgan.

HVAC Materials Ver 1.0

Klik Sini

Blog Statistik

Link Exchange