Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email
1,203 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara
  1. Mohd khair says:

    Salam tn.aircond 1hp,jika on suis keluar E3.ape puncanye tn.

  2. RAHIM RAHMAN says:

    Salam..kenapa paip tembaga accon(saluran gas) kuat berair banyak kt sekeliling paip tu..tq

    • cikgunas says:

      Salam. Jika saluran yang tuan maksudkan tu adalah saluran sedutan (low side) ia adalah normal jika ada air menitik.

  3. Suhaimi sammi says:

    Salam cikgu.. Saya ada air cond panasonic 2hp. Air cond sejuk cuma kipas angin sekejap laju sekejap slow. Saya dah setting kipas low tapi masaalah tetap sama.. Kipas sekejap slow.. Beberapa minit kemudian.. Akan laju semula… Slow..laju..slow laju .. Kadang2 tengah tidur boleh terkejut..

  4. Cikgu awie says:

    Nak tanya aircond Bil on suis ok.. Hidup.. Tapi nak control guna remote x jadi la.. X ditek.. Adakah remode rosak atau ada masalah lain pada indoor..

    • cikgunas says:

      Jika remote masih boleh ON/OFF unit bermaksud receiver indoor elok. Dan jika tak boleh control mungkin remote telah rosak ataupun unit telah di bypass. Boleh cuba dapatkan remote lain yang sama. Jika unit telah dibuat bypass memang tak boleh buat apa. Perlu tukar IC Board baru .

  5. Aidil says:

    Salam nak tanya cikgu,aircond cassette berkelip Kat timer warna Oren, bila nak on/off pakai remote takada fungsi,takada pun set timer pun Kat aircond tuh

  6. Nesz says:

    Bos klau comppressor jln tpi tda sjk apa hal tu bos gas smua ckup compressor bru,segala cpasitor baru tpi tak sjuk jga,mngkin ada problem sumbat

    • cikgunas says:

      Buat pemeriksaan visual dan deria rasa. Rasa kelajuan angin di outdoor, lihat copper paip discharge dan suction. Rasa angin dr blower indoor. Cek coil indoor dan outdoor bersih atau sebaliknya. Semua ini boleh mengenalpasti punca masalah tersebut.

  7. Noor says:

    Salam, nak tnya cikgu klau unit didalam hidup menyala lampu tapi berkelip2..unit diluar/compressor x hidup.. Kenapa ye?

  8. zue says:

    assalammualaikum tumpang tnye kenapa ya aircond terpadam sendiri.walaupon tk de set time.. plug on tp nk tekan kat remote tk blh kne tutup plug then buka blk br blh on semula… pastu akan terpdam blk… kalau mcm tu rosak ape ye….

  9. Shazli says:

    Portable aircond boleh tambah gas ke cikgu??

    • cikgunas says:

      Boleh. Mungkin kena tambah service valve pada bahagian tekanan rendah jika tiada valve tersebut.

  10. Ejam says:

    Salam.cikgu aircond dbilik tidur sya..york model YWM5J10AAS-W inverter 1.0 bila tekan remote aircond unit dlm on dan off.dan berbunyi.sekejap terbukak sekejap tutup.dan ada menunjukan error code E7.bila sya cek dekat outdoor unit..sya buka ada cicak mati dekat board.sya dah buang.tetapi masih juga aircond tetap on off.apa masalah nya cikgu?

    • cikgunas says:

      Salam. Apa error code yang keluar lepas buang cicak tu. Jika E7 ia merujuk kepada Outdoor DC fan motor lock.

  11. Zana says:

    Salam saya nak tanya apabila on suis dan tekan remot aircond lampu menyala tapi indoor tak berfungsi tak ada bunyi kipas langsung. Senyap je.

  12. Rosman says:

    Assalamualaikum cikgu..

    Ekon bilik saya jd xsejuk.. saya off.. bila on, outdoor punya kipas lambat berpusing dan bila saya tunggu dan tengok ada bunyi gegaran motor.. adakah ini masalah major?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Masalah ni bukan kira major atau minor. Bila sesuatu luarbiasa berlaku segera buat pemeriksaan untuk kenalpasti masalah dan mengelak kerosakan lebih teruk pada unit. Jadi sila buat pemeriksaan pada unit.

  13. Fahim says:

    Salam cikgu.. kalau bkk mode kipas sahaja dia hidup.. tp bila tekan mode sejuk, lampu kecik dia berkelip kelip.. apa masalahnya ya?? Mohon pencerahan.. terima kasih

    • cikgunas says:

      Salam. Kena cek lah tu. Pasti ada error sebab tu berkelip-kelip. Kipas luar pusing atau tak, compressor jalan atau tak, gas cukup atau tak dan sebagainya.

  14. Hazly says:

    Tumpang Tanya cikgunas

    Apa masalah a/c ne, paip tekanan tinggi sejuk? A/C Brand General. A/c ne ada gas leak dan paip low side Ada ais.

    • cikgunas says:

      Banyak kemungkinan:
      a) tiub kapilari sumbat
      b) copper pipe kemek
      c) gas kurang
      d) blower tak jalan

      Baikpulih ikut punca masalah.

  15. Mira says:

    Assalam cikgu. Kenapa ekom sebelah sejuk sebelah tak. Dh servis tp sekejap je ok. Lepas tu sebelah je ada angin sejuk nye ,sebelah lg tak ada.

  16. tuah says:

    salam cikgu.. kalu portable aircon fuse kat mainboard selalu putus kenapa ya?.. aircond dlm 2jam dia fuse akan putus..

    t.kasih

  17. Hafiz says:

    Salam cikgu…. aircond saya tak boleh on langsung…. apa masalahnyer yer…

    • cikgunas says:

      Salam tn. Cek bekalan ada tak di terminal indoor. Jika ada cek fius dekat pcb indoor elok atau tidak. Dan cuba on unit secara manual. Ada button tersebut di indoor. Cek semua ni, jika masih tak dapat ON, bg tau semula.

      • Khairulfaaizi says:

        Saya alamai masalah yang sama…dan step yg diberikan sudah say periksa..
        Circuit breaker di pcb ok.
        Current flow ada.

  18. badd says:

    assalam…cikgu nak tanya mcm mane nak cari kebocoran kat a/c 410a…dah puas cari x jupe, pakai sabun pun dah…topup gas, sehari dua nnti kurang blk…a/c media baru ni susah cikit, ada kebocoran terus cut off power..out door x blh idup

    • badd says:

      tempat sambung pun dah teat….kat nut valve pun dah test…x dpt detect gak…

    • cikgunas says:

      Salam. Mungkin coil indoor yg bocor. Boleh claim warranty. Cek juga tempat lain yg ada kesan minyak.

      • badd says:

        dah cek semua tempat cikgu…4 hari dah saya cari kat semua bahagian a/c x jumpe..kat cooper lengkung tepi fin kat indoor n outdoor pun dah test..xde…a/c dah barai saya buka..xde gak

  19. Mohd says:

    Salam cikgu nas ,ade x nota,buku atau apa2 yg aircond 3 hp ke atas .sy nk beli .tq

    • Mohd says:

      3 hp ke atas pipe copper x bleh skli dlm inslulation kan cikgu. Jd byk yg sy x tahu tntg ni harap cikgu ade nota yg berkaitan terima kasih

    • cikgunas says:

      Salam. Hubungi saya di no talian di frontpage blog ini.

  20. Azam says:

    Cikgu bole berapa ikut an psi untuk R410a .. ikut an psi dan Celsius.. kerana saya me gunakan 150 psi tapi aircond masih tidak sejuk malam cooper membeku

    • cikgunas says:

      Saya nak tau brp psi tekanan gas sebelum tambah gas dan bagaimana prosedur tn charging R410a?

  21. anum says:

    assalam..
    nak tnye bile on ekon..outdoor ekon bergegar tp x kluarkan bunyi..normal or x..
    perlu servis ke?
    tq

    • cikgunas says:

      Salam. Kalau dah lama tak servis eloklah servis dan buat pemeriksaan. Jika bunyi tu baru ada elok buat pemeriksaan baru tau normal atau tak normal.

  22. nazz says:

    assalam cikgu,sy dah on suis aircond..aircond cuma bunyi…tittt..tp,xberfungsi..apa masalahnya ye

  23. Tiq says:

    Sy nk tnye. Mcm mne klu wire live n neutral di indoor ad api ble ON?ape mslh ye?

  24. Mie says:

    As salam..sy nak tnya..aircond sy 1hp mitsubhshi..bila sy on,aircond xsejuk..kipas outdoor jalan..check gas ada..infoor pnya blower pn jalan..kenapa ye

  25. Azizee says:

    Slm cikgu..masalah aircond dirumah..tidaak sejuk..kadang2 keluar perkataan E2..masalah ape yer

  26. Hjh Tini says:

    Assalam cikgu ,
    Aircond rumah saya ni sekajap ada angin sekejap tiada, kadang2 sejuk kadang2 tak, ada lampu hijau menyalahkn tapi tak berkelium, apa masalah aircond saya Tu ?

    • cikgunas says:

      Salam. Kes macam ni kena buat pemeriksaan, buat chemical service baru dapat tentukan masalah. Cek tekanan gas dan pusingan kipas outdoor samaada normal atau perlahan.

  27. Kasturi says:

    Aircond trip 2hp york. Apa jalan penyelesaiannya. Adakah lebihan beban arus elektrik?

  28. Wan Zainuddin bin Wan Ahmad says:

    Salam…aircond rumah saya keluar angin macam berombak.Dah acapkali panggil orang bersihkan bahagian dalaman dan luaran aircond tahun ini namun hanya sempat bertahan sebulan dua je lepas tu mulala keluar angin berombak kembali. Kali terakhir cooling coil dibersihkan dan diservis, okla sebulan dua lepas tu jadi balik keluar angin berombak. Apa masaalah sebenarnya ini? Dah tak larat nak servis…

  29. Hazizul Razalli says:

    Assalamualaikum, nk tnya, aircond sy 1hp brand york. Bila on remote, indoor keluar keluar angin biasa sbb outdoor tak jalan. Pd indoor ada lampu merah gambar bintang menyala berkelip2, apa perlu sy buat?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Tu tanda aircond ada masalah. Masalahnya outdoor tak jalan. Kena cek kenapa kipas outdoor tak jalan dan kenapa compressor tak jalan. Mungkin kapasitor, mungkin wiring mungkin gas kurang.

  30. Ahmad says:

    Salam tuan..ic board indoor panasonic inverter 1hp rumah saya rosak..dan bypass sudah dibuat..jd skrg saye guna aircond mcm biasa..adakah bahaya jika guna aircond tanpa tukar ic board dan bypass ini?kos tukar ic board indoor berape tuan?..

    • cikgunas says:

      Salam tn. Tak bahaya cuma kos penggunaan elektrik akan tinggi. Harga IC Board RM300-RM400.

  31. sabry says:

    salam cikgu.saya sabry.saya nak tya aircond saya apabila on suis dan tekan on remote tiada apa2 lampu menyala pd unit.apa masalhnya

    • cikgunas says:

      Salam. Langkah pertama cek ada tak bekalan arus pada terminal kuasa indoor. Cek fius pada IC Board indoor dan cuba tekan manual button dapat On atau tidak unit tersebut.

  32. Saifulbahri says:

    Assalaam…
    1-Air cond ok tetapi ada masanya tidak sejuk sehingga beberapa hari dan kemudian sejuk semula. Apa masalahnya?
    2-Air Cond x berfungsi dan kod error ialah E1. Apa yang perlu dibuat?

    • cikgunas says:

      Salam.
      1) Buat servis dan ujilari pada sistem aircond tu baru boleh tau apa punca.
      2) E1 – Outdoor PCB Error.

  33. Fendi says:

    Lampu compressor(merah) menyala bila on aircond (elba)

  34. Asmah says:

    Assalam. Ckgu, jika on switch on tiba2 ac indoor meletup kecil dan berasap. Apakah kerosakannya dan penyelesaiannya?

    • cikgunas says:

      Salam. Kena buat pemeriksaan pd indoor baru boleh tau puncanya. Mungkin wiring, mungkin fuse, mungkin litar pintas. Jadi buka dan periksa, baru blh bertindak.

  35. Syuhairi says:

    Salam cikgu..
    sya ingin brtanya.. apa kah msalahnya jika paip coper aircond yg bru di pasang menghasil ais di bahagian paip coper yg kecil. Ada kan ia normal atau ada msalah lain yg boleh sya tangani..? Utk elak kan ia berlaku sya perlu mngisi gas pada kadar 100psi. Jenis aircon media 1hp. Gas r410a. Harap cikgu dpt membantu.. sekian..

    • cikgunas says:

      Salam tn. Saluran kecil berais bermaksud kurang gas. Dan jika bacaan 100psig memang kurang gas tu. Bacaan tekanan rendah gas 120 psig ke 150 psig. Pastikan vakum terlebih dahulu dan tekan manual button untuk mendapatkan bacaan sebenar tekanan.

  36. Zefh says:

    Kalau pemampat aircond rumah toshiba 2.0 tidak hidup apa masalah.

    • cikgunas says:

      cek arus, cek voltage, cek overload, cek wiring, cek kapasitor pemampat, cek rintangan pemampat dan tebatan pemampat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*