Jenis-Jenis Penyaman Udara

Jenis -jenis penyamanan udara terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu domestik dan komersil. Bagi kegunaan domestik 3 jenis penyaman udara yang biasa digunakan ialah jenis pisah(split), jenis tingkap(window) dan jenis mudahalih (portable). Manakala bagi kegunaan komersil sistem penyaman udara agak kompleks dan menggunakan sistem Air Handling Unit.

UNIT PISAH

Unit pisah terdiri daripadan unit dalam (indoor) dan unit luar (outdoor). Unit ini paling meluas digunakan pada hari ini kerana lebih mudah dan kemas semasa pemasangan, terdapat kepelbagaian kapasiti pendinginan dan mudah dioperasi. Unit pisah mempunyai alat kawalan jauh untuk pelbagai tujuan.

http://us.sanyo.com

Terdapat pelbagai rekabentuk unit pisah dipasaran untuk memenuhi permintaan pengguna. Lokasi dan keluasan bilik adalah faktor utama untuk memilih unit pisah yang sesuai. Antara yang biasa di jumpai ialah:

a) lekapan dinding (wall mounted)

b) siling (ceiling mounted)

c) lantai (floor mounted)

d) kaset (cassette)

e) salur (ducting)

f) berbilang (multi) 


http://www.archiexpo.com

UNIT TINGKAP

Unit tingkap mempunyai semua komponen – komponen utama dalam kerangka unit. Unit ini mempunyai sambungan perpaipan yang telah disambung dari awal rekabentuk menjadikan unit ini jarang mengalami kebocoran gas.  Pemasangan unit agak mudah tetapi memerlukan ruang yang lebih luas untuk menempatkan kerangka.

http://www.lg.com

UNIT MUDAHALIH

Kini terdapat unit mudahalih untuk memberi lebih pilihan kepadan pengguna. Unit ini mempunyai penyejat, pemeluwap dan motor di bahagian atas dan bawah serta built in compressor. Maklumat lanjut unit ini boleh di dapati pada manual produk. Dari aspek luaran unit ini kelihatan seperti Air Cooler namun ia berbeza dari aspek komponen dalaman dan aspek rekabentuk.

Print Friendly, PDF & Email
61 comments on “Jenis-Jenis Penyaman Udara
  1. tuah says:

    Salam Cikgu aircon portable 1hp.. fuis pada mainboard selalu putus, aircon portable on 1jam pastu fuis (3.15a) pd mainboard akan putus? sy dh service pd sirip coil dh bersih.. pun jadi juga pada fuis 3.15a tersebut. fuis tu ke moto compressor

    t/kasih

  2. AZREEN says:

    Assalamualaikum Cikgu,

    1. Apa mslh akon kejap sejuk. kjap jd panas?
    2. Bila ada kursus aircond lagi cikgu? contoh anjuran panasonic dan lain2.

    Terima kasih.

    • cikgunas says:

      Salam.
      1) Kena periksa unit tersebut. Masa panas apa berlaku pada outdoor. Kipas luar dan compressor jalan atau tidak. Baru dapat buat tindakan.
      2) Training Panasonic di Temerloh pada 13/8/2017 di Green Park Hotel, Temerloh.

    • Amir Arsyad says:

      apakah definisi bagi sistem penyejukan komersial dan domestik? saya tidak jumpa jawapannya dia laman web, saya harap cikgu dapat membantu

  3. ian says:

    salam cikgu…portable aircond saya berbunyi…macam cengkerik…kenapa ye?

  4. Ariff says:

    Masjid kpg saya guna air cond yg 2hp 4 buah. Xp x sejuk. Kena tukar yg hp besar ka mcm mna? Klaw hp kecil dgn hp besar untuk masjid mana bil jimat?

  5. iman says:

    salam cikgu.
    sy ada beli portable aircond jenama midea rasa mmg best sjuk je.
    tapi mslhnya portable sy ad dua lubang 1 di atas dan satu dia bawh.lubang di atas di berikan salur paip kecik untk air keluar tapi salur bawah tu air keluar jgk atau salur air bawah perlu ditutup?

  6. suffian ismil says:

    salam…cikgu…ada info tak kursus jangka pendek utk aircond di sekitar lembah klang..?mohon bantuan dari cikgu..saya perlukan kursus jangka pendek utk aircond.mohon cikgu sms saya cikgu…
    0162902946

  7. AZREEN says:

    Assalamualaikum Cikgu,

    Ada tak jadual kursus2 Aircond untuk 2017 daripada Panasonic dan lain2?
    Bleh share x?

  8. Hairul says:

    Blh cikgu bg tau kos untuk servis chemical skali top up gas untuk aircond 5hp jenis vrf system

  9. Zul says:

    Salam.
    Rumah saya punya ruangan memanjang, ruang tamu hingga ke ruang makan.
    Size: 50ft (panjang) x 18ft lebar dengan ketinggian siling 13 kaki. Keadaan tingkap hanya bahagian tepi dan cahaya matahari petang saja yg masuk ke ruang tamu.

    Boleh tuan cadangkan berapa HP yang sesuai utk pasang 2 unit split aircond? atau berapa BTU yg perlu saya cari.
    Atau sesuaikah jika pasang multi unit memandangkan ruang outdoor agak terhad.

  10. AZREEN says:

    Assalamualaikum Cikgu,

    Soalan 1:
    Aircond 1hp unit ada mslh mula2 hidup kemudian, lampu hijau kelip2 dan berhenti/OFF.

    Apa yang perlu dicheck?

    Soalan 2:
    Apakah cara menguji sensor(room dan pressure) masih berfungsi baik atau telah rosak?

    Terima kasih

  11. Alex says:

    ada penerangan mengenai sistem penyaman udara komersial cikgu?

  12. AZREEN says:

    Assalamualaikum Cikgu,

    Berapakah kadar tekanan bahan pendingin bagi setiap Unit Pisah
    1hp, 1.5hp, 2hp, 2.5hp?

    Terima kasih cikgu.

  13. AZREEN says:

    Assalamualaikum Cikgu,
    Q1: Boleh kan Unit pisah jenis (wall mounted) 1 outdoor+1 indoor diubahsuai jadi Unit Pisah Berbilang?
    Q2: Jika boleh, Bagaimanakah cara diubahsuai?
    Q3: Jika diubahsuai, Apakah kesan-kesan terhadap kecekapan Unit pisah tersebut?

    Terima kasih cikgu..

  14. muhammad awang says:

    as salam cikgu, boleh tolong terangkan bagaimana blower aircond berfungsi? dari segi reka bentuk blower tersebut.

  15. Nor says:

    Salam cikgu, boleh saya tahu adakah penghawa dingin sesuai diletakkan di bilik tidur yang ada tingkap ‘airwells’?(rumah saya rumah teres) Sebab bilik saya ada katil 2 tingkat, jadi orang yang tidur di katil atas akan rasa panas..kalau sesuai, tempat mana yang sesuai saya pasang aircond? Maksud saya aircond sesuai letak tinggi sedikit daripada atas katil atau letak bertentangan dengan katil?

    • cikgunas says:

      Salam. Ada ketinggian yang diperlukan untuk pemasangan indoor dari lantai dan jarak ke siling. Jangan risau pasal katil 2 tingkat tersebut. Biasa indoor memang akan lebih tinggi dan boleh guna fungsi air swing pada remote untuk mengagihkan udara sejuk atas bawah.

      Apa yang penting tiada halangan di hadapan indoor yang boleh menyebabkan udara sejuk berpatah balik seperti almari dll. Dan pemasangan secara terus mengadap katil akan menjadikan kita kurang selesa kerana terlalu sejuk nanti. Airwells yang cikpuan nyatakan, perlu ditutup untuk mengelak udara sejuk keluar/haba masuk ke bilik.

      Tips dalam nota penyaman udara saya ini mungkin boleh memberi idea tambahan kepada cikpuan.

      • Nor says:

        Siling di bilik saya tu sangat tinggi dan ada tingkap airwells di puncaknya..sesuai untuk buat loteng.boleh ke kalau saya letak aircond? Sebab saya takut udara sejuk tidak sampai ke atas.

        • cikgunas says:

          Ok..saya faham kes ni. Boleh pasang aircond. Ketinggian indoor dr lantai tidak lbh 3 meter. Jarak selebihnya ke siling tu abaikanlah..apa blh buat. Cuma airwell tu perlu tutup dengan jaring/benda lutsinar utk elak haba masuk. Satu lagi keluasan bilik juga penting utk tentukan horse power yg sesuai.

  16. zie says:

    Salam cikgu nas

    sy berkenan dgn aircond jenis kaset.

    Nak minta cikgu komen ttg maintenance..nya. Kos tinggi x utk maintenance?

    Sesuai x penggunaannya utk jgka masa pjg.

    • cikgunas says:

      Salam. Untuk chemical service harga sekitar RM400-RM450 bagi 2.5HP. Dari segi penggunaan jangkamasa panjang, sama seperti unit lain. Banyak bergantung kepada bagaimana ia digunakan dan di selenggara.

  17. Zali says:

    Salam ckgu.. mana yg ok bagi penggunaan aircond jnis lekapan dinding or casset. Untuk diletakan dlm muster room

  18. nashseir says:

    salam cikgu . dari segi tahap sejuk , adakah airconditioner dengan portable aircond sama tahap sejuknya ? or aircond lagi berkualiti sejuknya dari portable aircond ?

  19. NURSYAZWANY says:

    Salam.ade cdgan x bgaimana sya ingin psg unit pisah jika keseluruhan dinding rumah dlm n luar dijubin penuh.sye rsau skiranya didrill dinding,sume jubin akan trtanggal.sya xsuka yg floor.cz kbykkn xsjuk spt yg biasa/unit pisah.

  20. saiful says:

    cikgu nas ape mksud upah membuka dismental unit..adakah membuka/menurunkan indoor dan outdoor unit

  21. saiful says:

    t.kasih cikgu nas ..senarai harga dan kompenen banyak membantu saya..

  22. fareast says:

    boleh ke kalu gunakan indoor dan outdoor yang berlainan??jika boleh apa kreteria yang perlu di ambil kira??jenama yang sama??horse power???

    • cikgunas says:

      Boleh…tetapi bagi saya ia akan meningkatkan bil elektrik jika HP outdoor lbh tinggi dari indoor. Jika HP kurang dari indoor pula, kapasiti pendinginan akan menjadi kurang dan sukar mencapai suhu yang ditetapkan.

  23. muhammad firdaus says:

    Assalamualaikum tn..boleh terangkan berkenaan VRF atau VRV aircond. serta kebaikan dan kekurangannya berbanding split unit utk kegunaan auditorium / dewan.

  24. mustaqim mustapha says:

    tolong tunjuk bagaimana kendalikan recovery machine..

  25. Rizky says:

    Nak tnya. Portable air conditioner ni ada minor service x? Mcm aircond biasa dekat dinding tu? Contoh. Untuk service gas? Ada x?

    • cikgunas says:

      Tiada isi gas. Servis penapis udara, penyejat dan pemeluwap serta saluran air.

      • hulaimi says:

        Untuk portable aircond Kalau yg lubang air buang kene sambung paip ke macamana tiap kali pakai? Atau time nk bersih je baru buka penutup dia?

        • cikgunas says:

          Biasa ada takungan utk air buangan. Kena buang secara manual jika air dah penuh. Jika tidak aircond tak berfungsi.

  26. sherry says:

    i m pekak oku.penang…i want pay hiw much harga rm? pls email ti me tq u. Portable Airconditioner ialah ada Mec?

  27. ina says:

    Cikgu sy da soalan berkaitan portable aicoditioner yang baik untuk kegunaan rumah.betul ke portable aircond bising untuk bilik?Dan APA jenama yang baik untuk sy beli?

    • cikgunas says:

      Bagi saya unit penyaman udara portable juga telah direkabentuk dengan mengambil kira pelbagai aspek. Jadi cikpuan tidak perlu risau dengan tahap kebisingan unit tersebut. Ia tentu telah mengambil kira keselesaan pengguna. Berkaitan jenama, saya tidak ada kata putus jenama yang menjadi pilihan. Cuma ambil kira aspek jaminan semasa membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*