Bahan Pendingin

Bahan pendingin atau dikenali juga sebagai refrigerant digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara sebagai penyerap haba di dalam penyejat dan menyingkirkan haba tersebut di dalam pemeluwap. Di dalam penyejat, bahan pendingin bertukar bentuk daripada cecair sejuk  kepada gas sejuk dalam keadaan tekanan rendah semasa proses penyejatan. Di dalam pemeluwap pula, setelah haba disingkirkan, bahan pendingin akan bertukar bentuk daripada gas panas kepada cecair panas dalam keadaan tekanan tinggi semasa proses pemeluwapan.

Nama- nama lain bagi bahan pendingin adalah freon, fron , genetron, isotron, dan neon. Nama- nama ini digunakan berdasarkan negara- negara yang menggunakannya. Bahan pendingin mempunyai takat didih yang berbeza pada tekanan yang berbeza dan penggunaannya berbeza mengikut kepada sistem yang memerlukannya. Sifat – sifat bahan pendingin yang sesuai ialah:

  • Tidak beracun.
  • Tidak meletup.
  • Tidak berkarat atau menghakis.
  • Tidak mudah terbakar.
  • Boleh beroperasi pada tekanan yang rendah.
  • Merupakan gas yang stabil.
  • Tidak berbau tengik.
  • Mempunyai haba pendam yang tinggi untuk menyerap haba.
  • Perbezaan tekanan tinggi dan rendah mestilah kecil untuk meninggikan keupayaan mampatan.

Sifat – sifat ini hendaklah di ambil kira semasa memilih bahan pendingin terbaik bagi sesuatu sistem penyejukan dan penyamanan udara.

JENIS – JENIS BAHAN PENDINGIN

Bahan pendingin di bahagikan kepada 4 jenis mengikut unsur kimia yang terkandung dalam bahan pendingin tersebut iaitu CFC, HCFC, HFC dan HC.

4 Jenis Bahan Pendingin

SISTEM PENAMAAN

Sistem penamaan bahan pendingin telah menetapkan semua bahan pendingin bermula dengan huruf R diikuti dengan nombor.

Kod Nombor Bahan Pendingin

Sebagai contoh CFC12 dikenali sebagai R12, HCFC22 dikenali sebagai R22 dan lain-lain.

Bahan pendingin yang biasa digunakan dalam sistem penyejukan dan penyamanan udara domestik ialah R12, R22 dan R134a. Namun begitu penggunaan R12 telah dihentikan kerana mencermarkan alam sekitar dan memberi kesan kepada lapisan ozon. Penggunaan R12 telah digantikan dengan R134a dalam sistem penyamanan udara kenderaan. Bahan pendingin dapat dikenali juga melalui warna silinder yang tetap.

Warna Silinder Bahan Pendingin

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*