MIDEA Air Conditioning: RAC Installation & Product Training.

Pada 28 April yang lepas, saya telah mengikuti satu training atau seminar bersama MIDEA. Agak lama tidak berkongsi hasil seminar di blog ini kerana kesibukan tugas dan biasanya dapatan dari seminar juga lebih kurang sama. Walaubagaimanapun seminar kali ini agak menarik bagi saya.

MIDEA disebut sebagai my-dea telah memperkenalkan model baru All Easy Series iaitu model yang agak menarik dari segi pemasangan dan penyelenggaraan. Model ini terutamanya unit dalam (indoor) kelihatan sama seperti jenama lain tetapi ada perbezaan yang dapat memberi kemudahan kepada pemasang (installer) dan juga pengguna biasa. Malah jika anda ada sedikit kemahiran dan pengetahuan anda boleh melakukan servis kimia pada indoor dengan sendiri tanpa mengupah juruteknik lagi!! Antaranya ialah :

  • Sendal pada plat pendakap unit dalam.

2 sendal pada kiri dan kanan plat pendakap ini memudahkan pemasangan paip kuprum bagi pemasangan jenis piping concealed. Pemasangan jenis ini lebih kemas dan tentunya menggembirakan hati penggguna lebih – lebih lagi pemasangan di rumah baru.

  • Penapis udara

Bahagian utama yang perlu di servis pada unit dalam. Jika tidak di servis pastinya memberi kesan kepada penyejukan bilik. Sebenarnya pengguna perlu membersihkan penapis udara setiap 2/3 minggu kerana habuk dan kotoran yang melekat pada penapis tersebut. Bagi kebanyakkan jenama lain anda boleh rujuk nota lepas saya berkaitan teknik mudah menservis penapis udara.

Bagi model All Easy Series ini, penapis udara hanya perlu di tarik ke atas sahaja dan sedia untuk dibersihkan tanpa perlu membuka penutup hadapan unit.

  • Blower & Cooling Coil

Merupakan 2 komponen utama pada unit dalam yang perlu dibersihkan secara berkala. Biasanya setahun sekali atau jika penggunaan yang kerap ia perlu dibesihkan setiap 8 bulan. Komponen ini juga amat mudah ditanggalkan. Jika tidak silap saya, dengan 6 skru sahaja anda boleh membawa turun blower dan takungan air yang perlu di bersihkan. Manakala cooling coil boleh dibersihkan pada unit sahaja.

  • Manual button

Button ini digunakan untuk menghidupkan unit jika tiada remote atau remote hilang ataupun remote rosak. Button ini biasanya dapat dilihat dengan membuka penutup hadapan unit di sebelah kanan.

Berbeza model All Easy Series, ia berada ditepi indoor sebelah kanan di bahagian luar. Tanpa perlu membuka apa – apa komponen anda boleh tekan sahaja button ini bila memerlukannya. Ibarat ON/OFF handphone pula..:)

Begitulah serba sedikit perbezaan kreatif yang dapat saya lihat seperti yang telah di sampaikan oleh penceramah. Semuanya untuk memudahkan dari mula pemasangan hinggalah ke penyelenggaraan, All Easy Series iaitu Easy Installation, Easy Maintenance dan Easy Clean.

Gambar-gambar seminar:

Cenderahati MIDEA. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

5 comments on “MIDEA Air Conditioning: RAC Installation & Product Training.

  1. Salam tn, ada yang mengatakan aircond inverter kalau Kurang gas tidak Boleh terus refill, Dan perlu di buang dahulu betul ke??

    • Wassalam. Bergantung kepada jumlah tekanan sedia ada. Jika terlampau kurang tak boleh top up. (Jika gas R410A)

  2. Jenama yg sedang popular sekarang ni, Harga murah dan tahan jugak, cepat sejuk. x banyak issue .

  3. tq for sharing…

    mmg nampak all easy… user bole servis indoor sendiri tanpa tanggalkan indoor?

    • Ya boleh, tanpa bawa turun keseluruhan indoor. Biasanya kalau blower dan filter selalu cuci, coil tak kotor dan tak perlu chemicals service.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *