Majlis Ahli Teknologi Dan Pakar Industri Negara.

Untitled

Majlis Ahli Teknologi Dan Pakar Industri Negara atau National Industrial Experts And Technologists Council – NIETEC adalah sebuah pertubuhan berdaftar kebangsaan yang ditubuhkan pada 24 September 2012. Majlis ini ditubuhkan atas tujuan-tujuan berikut:

  • Memimpin dan membentuk kumpulan ahli pakar industri negara dan ahli teknologi yang berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab.
  • Memelihara status dan kepentingan pakar industri Negara dan profesyen ahli teknologi supaya kekal diiktiraf dan menjadi penyumbang kepada ekonomi Negara.
  • Membangunkan professionalisma ahli supaya ilmu, kepakaran dan amalan ahli terus relevan dan berkesan dalam menyokong pembangunan diri ahli, industri, masyarakat dan negara.
  • Menyalurkan maklumat-maklumat berhubungkait dengan pakar industri Negara dan profesyen ahli teknologi kepada semua ahli.
  • Menyediakan pentas untuk ahli-ahli bertukar pendapat, menyelesaikan masalah bersama serta bersuara secara kolektif dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa.
  • Menyumbang dan menyokong usaha pembangunan kemahiran pekerjaan dan kepakaran Negara.
  • Berusaha mengelakkan kelenyapan ilmu kepakaran yang sedia dimiliki oleh ahli-ahli melalui penganjuran dan penglibatan ahli dalam aktiviti-aktiviti penulisan, latihan & bimbingan, pendidikan, pengajaran, penterjemahan, penyelidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan untuk faedah ahli dan keluarga.

Golongan Yang Wajar Memohon Menjadi Ahli NIETEC.

Pekerja pakar (Bermula dari tukang kanan, juruteknik dsb. ) membawa ke jawatan separa professional ( Penyelia, pembantu teknik, pegawai tadbir, pembantu akauntan dsb.) hinggalah ke ahli professional ( Akitek, jurutera, akauntan, ahli kimia, pensyarah, ) dan ahli pengurusan (Ketua Seksyen, Pengurus Jabatan, Pengurus Besar, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Pegawai Eksekutif dsb) dari semua bidang termasuk kejuruteraan, pendidikan, pembinaan, pengeluaran, teknologi maklumat, pertanian, perubatan, perlombongan, hartanah, petroleum & gas, maritime, pengurusan korporat, perakaunan, hospitaliti, pelancongan, otomobil, pengangkutan & logistic, penerbangan, textile, seramik, kecantikan, dan sebagainya sesuai memohon keahlian NIETEC. Keahlian NIETEC terbahagi kepada 6 jenis:

  • Ahli Felo Kehormat
  • Ahli Kehormat
  • Ahli Felo
  • Ahli Biasa
  • Ahli Bersekutu
  • Ahli Gabungan

Syarat terperinci untuk setiap keahlian ini boleh layari LAMAN WEB NIETEC.

Perbezaan NIETEC & DPIN.

Berikut beberapa perbezaan yang saya faham antara 2 personel pengiktirafan ini. Berkaitan DPIN anda boleh rujuk catatan lama saya untuk lebih terperinci.

perbezaan nietec & dpin

Cara memohon: Lengkapkan borang permohonan ini dan hantar ke alamat seperti dalam borang berserta salinan sijil -sijil berkaitan. Kemudian buat bayaran wang proses sebanyak RM25 ke akaun MAYBANK : 5622 6350 4030. Pihak NIETEC akan memproses permohonan dan menentukan keahlian yang bersesuaian dengan kelayakan. Seterusnya pembayaran yuran keahlian selepas disahkan oleh pihak NIETEC.

Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa kerana saya juga baru sahaja menghantar borang permohonan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Berita Semasa, DPIN Tagged with: ,
2 comments on “Majlis Ahli Teknologi Dan Pakar Industri Negara.
  1. Carol Chong says:

    Klu sudah aply DPIN.Bolehkah sa aply nietec

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*