Kisah – Kisah Kejayaan

  • Cerita 12

Pn Rubiah* ialah seorang ibu tunggal bersama empat orang anak. Pada suatu hari, suaminya tiba-tiba meninggalkannya bersama anak-anaknya yang masih kecil. Pn Rubiah telah membesarkan anak-anaknya seorang diri sejak peristiwa pagi itu. Beliau telah berjanji yang beliau tidak akan membiarkan anak-anaknya merasai perasaan kehilangan ayah mereka. Pn Rubiah bekerja keras untuk memberi mereka apa yang diperlukan. Beliau masih teringat akan kesusahannya sebagai seorang wanita yang tidak berpendidikan yang terpaksa menyuap nasi kepada empat orang anaknya.

Pendapatan Pn Rubiah sebagai kerani yang tidak seberapa itu cukup untuk anak-anaknya meneruskan pendidikan supaya mereka  boleh bergantung pada diri sendiri kelak. Puan Rubiah selalu memastikan anak-anaknya mempunyai keperluan yang mencukupi. Untuk itu, beliau sentiasa bekerja lebih masa untuk menyara keluarganya.

Pn Rubiah tidak pernah jatuh ke dalam cengkaman hutang sewaktu membesarkan anak-anaknya. Kesemua anaknya telahpun dewasa dan mempunyai kerja tetap. Anak perempuan Pn Rubiah kemudiannya melahirkan seorang anak lelaki yang menjadi harapan beliau. Selepas beberapa tahun membanting tulang berkerja, beliau tidak sabar untuk bersara dan berehat sambil meluangkan masa dengan cucu-cucunya. Malangnya, cucu Pn Rubiah mengalami kemerosotan kesihatan. Beliau terkejut mendengarnya. Beliau tidak pernah membayangkan cucunya memerlukan pelbagai pembedahan untuk kegagalan jantung kecilnya itu.

Puan Rubiah dan keluarga bertungkus lumus menjaga cucu kesayangan beliau. Mereka turut memastikan dia menerima rawatan perubatan yang terbaik supaya dia dapat diselamatkan dan memberi peluang untuk hidup secara normal. Apabila kedua-dua anak perempuan dan menantunya tidak dapat menanggung kos untuk anaknya itu, Pn Rubiah melibatkan diri lalu mengambil tanggungjawab menjaga kesihatan cucunya yang makin merosot.

Untuk menyelamatkan cucu beliau, Pn Rubiah terpaksa mengumpul wang yang cukup untuk membiayai kesemua bil rawatan cucunya. Beliau tidak tahu kepada siapa untuk mendapatkan pembiayaan lalu membuat keputusan untuk mengeluarkan simpanan KWSP. Apabila wang itu telah habis diguna, beliau menggunakan kad kredit untuk menyelesaikan bil-bil perubatan yang selebihnya. Malangnya tanpa disedari, bil kad kredit Pn Rubiah melonjak tinggi.

Pn Rubiah tidak mampu membiayai jumlah kos bil yang tinggi dan akhirnya telah memenuhi had kad kreditnya. Setelah itu, beliau mula gagal membayar bil kad kreditnya dan juga lambat dalam pembayaran pinjaman keretanya. Walaupun keadaan cucunya bertambah baik  disebabkan pembedahan, kewangan Pn Rubiah memerlukan perhatian yang mendalam. Beliau telah berhutang sebanyak RM80,000 dan tidak mempunyai penyelesaian. Apabila keretanya ditarik dan dihantar pelbagai surat guaman oleh pemiutang untuk tindakan undang-undang, beliau bertekad untuk mencari pertolongan. Sebelum itu, Pn Rubiah pernah dengar tentang perkhidmatan AKPK melalui kawan-kawan, lantas beliau membuat keputusan untuk mendekati agensi kami untuk meyelesaikan masalahnya.

AKPK telah menasihati bagaimana menguruskan kewangannya dengan lebih baik untuk waktu-waktu yang memerlukan. Ini adalah untuk memastikan bahawa Pn Rubiah tidak akan jatuh ke dalam cengkaman hutang sekali lagi.

Kaunseling kewangan AKPK yang dilalui oleh Pn Rubiah berserta program pengurusan kewangan AKPK kini membolehkannya berusaha untuk mencapai kehidupan bersara yang bebas hutang.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 11

Leman* seorang ayah yang baik dan suami yang penyayang. Walaupun gajinya dalam linkungan RM1,000 dan bekerja sebagai kerani awam, ia cukup untuk memenuhi segala keperluan asas diri dan keluarganya. Dia sentiasa memastikan mereka dalam keadaan bahagia. Keluarganya tidak pernah mengadu tentang kekurangan atau berasa tidak bahagia dengan taraf sosial mereka. Mereka hidup di dalam kemampuan mereka yang setakat mencukupi.

Malangnya, takdir telah mengubah segalanya apabila isterinya telah didiagnosis dengan penyakit buah pinggang, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Sebelum ini mereka mempunyai kehidupan yang bahagia, tetapi disebabkan satu perkara, hidup mereka tidak menentu. Keadaan isterinya yang tenat membuatkan Leman memastikan kesihatan isterinya menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi untuk anak-anaknya. Apabila rawatan perubatan yang mahal amat diperlukan, Leman telah menggunakan jalan pintas untuk mencari wang demi kesihatan isterinya.

Apabila kesihatan isteri Leman semakin merosot, dia menjadi lebih terdesak dengan mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM31,000 untuk membaiyai kos perubatan isterinya. Aliran ini berterusan selama setahun. Mujurlah pihak kerajaan telah menghulurkan bantuan dengan membayar segala kos rawatan perubatan isterinya. Walau bagaimanapun, terlalu lambat untuk Leman to menarik balik segala hutangnya.

Leman akhirnya melawat AKPK. Selepas melihat segala hutangnya, AKPK bersetuju untuk meyusun semula semua hutang kad kredit yang terkumpul selama 8 tahun. Selain daripada itu, oleh kerana perbelanjaan yang menjurus ke arah keperluan perubatan, agensi berjaya mengurangkan faedah tahunan ke atas semua kad kredit menjadikannya turun kepada hanya 6% setahun, lebih rendah daripada peratus yang asal. AKPK juga mengambil kira bahawa Leman mempunyai keluarga yang besar dan mempunyai pendapatan yang kurang daripada pendapatan biasa. Pembayaran balik yang rendah sebanyak RM200 sebulan berjaya dirunding dengan pihak bank. Ini telah dilakukan untuk memenuhi kemampuannya untuk membayar hutang tersebut tanpa menyentuh perbelanjaan keluarga. Dengan ini, Leman boleh melangsaikan hutang mengikut kemampuannya dengan tenang.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 10

Dalam usia 30-an, Su Ling* telah berkembang dengan maju dalam dunia firma pemasaran di pusat bandar Kuala Lumpur dan hidup dalam keadaan yang tenang dan aman. Dia mempunyai impian yang tinggi, tetapi tidak pernah meletakkan kerjanya dahulu sebelum keluarga. Su Ling akan sentiasa berhutang kepada dua ibu bapanya kerana mengajarnya tentang kehidupan dan oleh itu, menjadi keutamaannya menjaga dan menolong mereka terutama sekali dalam keadaan dimana mereka perlu dijaga. Gaji Su Ling yang tinggi membolehkannya hidup dalam keadaan teratur dan ibu bapanya dijaga dengan baik. Akan tetapi, kesukaran kewangan adalah sesuatu yang Su Ling tidak jangka berlaku.

Tragedi pertama berlaku apabila ibu Su Ling mengalami kegagalan buah pinggan. Oleh itu, rawatan dialisis diwajarkan. Oleh kerana terdesak untuk mendapatkan apa jua bantuan kewangan, Su Ling berusaha mencari cara lain untuk membiayai rawatan perubatan ibunya. Walau bagaimanapun, semua usaha beliau sia-sia. Dia tidak dapat memperoleh bantuan kewangan dari mana-mana pihak kerajaan dan NGO. Segala perubatan ibunya ditanggung sendiri disebabkan bapanya yang sudah lama bersara dan mempunyai simpanan yang amat sedikit. Dialisis dan terapi hormon sahaja berjumlah RM6,000 sebulan. Disebabkan surgeri ibunya yang mahal, segala gaji Su Ling terus digunakan untuk bil perubatan ibunya.

Setelah 5 tahun menanggung segala perubatan ibunya, bapa Su Ling telah didiagnosis dengan kanser paru-paru. Su Ling seperti tidak percaya dengan keadaan yang dialami olehnya, seolah-olah sebuah batu yang amat besar telah menimpanya. Su Ling sedar yang kos perubatan akan menjadi dua kali ganda memandangkan kedua-dua ibu bapanya yang sakit tenat. Dalam sebulan sahaja kos perubatan melonjak,membuatkan Su Ling kesempitan wang. Disebabkan keadaan yang memaksa, dia terpaksa membuat kerja sambilan semasa cuti hujung minggu. Namun begitu, dia hanya mampu untuk memenuhi keperluan dan tidak mempunyai wang tambahan untuk perbelanjaan lain. Dia tahu keadaan kewangannya menyebabkan dia tidak dapat membayar kos perubatan bapanya.

Disebabkan tidak dapat menanggung dirinya sendiri dan untuk membiayai kos perubatan kedua-dua ibu bapanya dengan pendapatan yang diperolehinya sekarang, dia merasakan dia amat memerlukan bantuan kewangan. Su Ling telah menggunakan jalan yang mudah dengan menggunakan kredit. Disebabkan terdesak, dia telah memohon beberapa kad kredit untuk meringankan bebannya walaupun mengetahui apa yang akan terjadi terhadap situasi kewangannya kelak.

Keadaan ibu bapanya semakin merosot dan akhirnya dia telah kehilangan kedua ibu bapanya pada tahun yang sama. Disebabkan kehilangkan itu, Su Ling kecewa. Dia tidak mempercayai bahawa segala usahanya selama ini tidak berhasil. Di samping itu,hutang yang terkumpul telah membuatkan Su Ling perlu membayarnya dengan segera. Walaupun ada saudara mara yang datang membantu, ia tetap tidak memadai.Oleh itu, Su Ling telah mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK.

Ejen AKPK telah berunding dengan pihak bank untuk beberapa pengecualian faedah dan faedah penalti. Tunggakan terkumpul adalah RM500,000 pada lima kad kreditnya yang diatur agar Su Ling membayar minimum RM300 sebulan untuk hutangnya dengan pengecualian faedah. Perundingan itu jugak membuatkan pihak bank merendahkan pembayaran bulanan Su Ling sebanyak 50%. Su Ling sangat berterima kasih kerana akhirnya selepas 10 tahun mengalami tekanan kewangan, dia dapat melegakan diri dan meneruskan kehidupannya dalam keadaan tenang.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 9

Puan Rokiah* dan suaminya sudah berumahtangga selama 20 tahun. Mereka sudah membuat keputusan pada tahun 90an ketika ekonomi sedang berkembang pesat untuk membuka akaun dagangan saham dalam bank di mana suaminya bekerja. Pn Rokiah memegang pekerjaan yang tetap manakala suaminya baru sahaja dinaikkan pangkat ke jawatan remisier. Ekonomi yang memberangsangkan memberi petanda yang baik untuk keluarga. Pasangan di pertengahan 40an ini telah merancang untuk berjimat untuk pendidikan ketiga-tiga anak mereka.

Puan Rokiah dan suaminya telah bercadang untuk mendaftarkan anak perempuan sulung mereka untuk menuntut dalam bidang perubatan di sebuah universiti yang terkenal dan terkemuka di Dublin. Pasangan itu tidak akan mampu membiayai perbelanjaan tersebut jika bukan untuk akaun dagangan saham tersebut. Walaupun dilengkapi dengan kemewahan, mereka masih berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan memahami kepentingan untuk berjimat.

Ketika keadaan Pn Rokiah sekeluarga berjalan dengan lancar, pada tahun 1996, perkhidmatan suaminya sebagai remisier di bank telah ditamatkan disebabkan kejatuhan saham pelanggannya. Keadaan bertambah buruk lagi apabila bank tersebut telah diisytiharkan muflis dalam lewat 90an apabila kedudukan kewangan menjadi paling buruk di Asia. Dalam keadaan ekonomi yang gelap, suami Puan Rokiah telah kehilangan pekerjaan bergaji lumayan kerana status bankrapnya. Kewangan menjadi punca perbalahan antara Puan Rokiah dan suaminya dan akhirnya mereka memilih untuk berpisah. Keadaan anak-anak di universiti turut tergugat kerana krisis rumahtangga. Mereka bimbang tentang masa depan mereka yang tidak menentu, namun masih cuba untuk mencari jalan penyelesaian lain. Pihak bank meneruskan tindakan mahkamah terhadap Puan Rokiah dan suaminya untuk mengatasi kerugian daripada perkongsian bersama akaun perniagaan tersebut. Seperti kebanyakan bank, adalah menjadi amalan bahawa bayaran pendahuluan dikenakan sebagai penalti bagi kerugian yang ditanggung dalam akaun dagangan. Mereka tidak dapat membuat bayaran pendahuluan yang diperlukan, menyebabkan mereka melanggar perjanjian bayaran balik kepada bank.

Puan Rokiah dan suaminya bertungkus-lumus berunding dengan pihak bank selama 12 tahun sebelum mendapatkan bantuan daripada AKPK pada bulan Jun 2008. Pada mulanya, bank tersebut tidak mahu menarik balik keputusan mereka mengenakan bayaran pendahuluan. Ejen AKPK perlu merayu dengan panjang lebar dan menerangkan akibat mengenakan penalti pada kedua-dua Puan Rokiah dan suaminya. Agen membuktikan kepada pihak bank bahawa pasangan itu mempunyai aliran tunai yang positif untuk membayar balik hutang secara ansuran.

Pasangan itu berasa lega apabila prosiding penalti bank telah ditarikbalik. Oleh yang demikian, pihak bank itu menerima cadangan AKPK untuk pengecualian 50% ke atas ansuran bulanan. Diskaun terkumpul sebanyak RM164,244 perlu dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM1,500 tanpa faedah. Ini akan mengambil masa kira-kira 9 tahun untuk menyelesaikannya. Masalah ini hanya sementara dalam tempoh pasangan itu menyelesaikan hutang mereka, tetapi dengan mengikuti kaunseling tentang perancangan kewangan yang disediakan oleh AKPK, pasangan itu dapat beransur-ansur membina kehidupan mereka.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 8

Apabila Rosman* bersara daripada perkhidmatan pos pada tahun 2005, beliau mempunyai banyak impian yang ingin beliau laksanakan. Keluarganya tidak sabar menunggu hari tersebut kerana mereka ingin menghabiskan masa bersama-samanya. Rosman mempunyai pelan persaraan yang agak selesa. Bebas daripada hutang dan mempunyai simpanan lebih daripada RM60, 000 dalam KWSP, Rosman berharap agar masa depan yang bakal dilaluinya akan cerah. Rosman merasakan bahawa sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab, beliau mesti menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak-anaknya dengan menyediakan pendidikan yang lebih baik bagi mereka.

Kurang mahir, pesara dan cekal, Rosman tetap mencari penyelesaian untuk menambahkan wang simpanan beliau melalui skim cepat kaya dalam bentuk pemasaran piramid. Pada mulanya ia kelihatan seperti pelaburan yanga akan menguntungkan. Rosman lebih tenang dan merasa yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan. Beliau mula berbelanja lebih di kedai-kedai mewah kerana ingin menukar gaya hidup keluarganya. Rosman meyakinkan dirinya bahawa selepas bertahun-tahun bekerja keras, beliau layak untuk membelanjakan wang tersebut. Beliau juga merasakan keluarganya berhak untuk mengecapi kemewahan dan merasakan kegembiraan. Namun begitu, seperti mangsa-mangsa skim cepat kaya yang lain, Rosman telah kehilangan semua wang miliknya apabila syarikat beliau melaburkan duit itu hilang. Kesemua simpanan KWSP beliau telah lesap bersama-sama syarikat terbabit dalam sekelip mata.

Kerugian di atas kehilangan wang itu menyebabkan beliau cenderung menggunakan kad kredit untuk membayar bil-bil dan juga perbelanjaan keluarganya. Beliau memilih untuk menggunakan kad kredit kerana tiada pilihan lain. Tanpa pekerjaan tetap dan pendapatan yang tidak mencukupi, Rosman telah menggunakan kad kredit beliau sewenang-wenagnya untuk mengekalkan kesejahteraan keluarganya. Dalam usaha menambah pendapatan, beliau membuka kelas tuisyen kepada kanak-kanak dalam kawasan kejiranan manakala isterinya menyediakan perkhidmatan mengasuh anak-anak kecil di rumah mereka. Namun begitu, godaan kad kredit adalah terlalu besar. Hasratnya untuk menjadi cepat kaya sekali lagi wujud apabila Rosman membayar yuran langganan yang mahal dan diluar kemampuannya dengan harapan beliau akan memenangi cabutan bertuah di mana peluang kemenangan sememangnya tipis. Tanpa disedari, hutang Rosman menjadi RM43,000 dan beliau tidak lagi mampu melunaskan hutang tersebut.

Keadaan menjadi parah apabila beliau sering diganggu oleh pemiutang lalu beliau memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada AKPK. AKPK berjaya membuat rundingan dengan bank-bank tersebut untuk menurunkan kadar faedah ke atas 4 kad kredit kepunyaan Rosman lantas menyusun semula ansuran bulanan kepada RM500 sebulan untuk tempoh masa 3 tahun. Pembayaran selepas itu akan meningkat sebanyak RM200 untuk tempoh 5 tahun lagi. Rosman juga dinasihatkan agar memberikan kereta milik beliau kepada pembiaya dan sebaliknya menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian. Ini dapat membantu beliau mengurangkan perbelanjaan bulanan untuk kereta dan pada masa yang sama, masih bebas berbelanja untuk barangan keperluan rumah. Pelan AKPK adalah satu pelan ringkas yang Rosman dapat patuhi. Oleh kerana bantuan dan perhatian yang diberikan oleh AKPK dalam menyelesaikan masalah kewangan En Rosman, beliau akhirnya mampu menjalani hidup yang lebih selesa disamping keluarga tersayang serta jauh daripada ancaman pemiutang.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 6

Kamala*, seorang ibu tunggal yang berumur 47 tahun, telah datang ke AKPK sambil menangis. Beliau berada di ambang kehilangan satu-satunya rumah milik beliau dan kelihatan bingung memikirkan masa depan ketiga-tiga anaknya yang masih mengharapkan sokongan kewangan daripada beliau sendiri. Semenjak 5 tahun yang lalu, Kamala telah dijadikan balu apabila suaminya tiba-tiba meninggal dunia akibat serangan jantung. Sejak itu, kualiti kehidupan Kamala bersama anak-anaknya semakin merosot.

Kamala berkerja dengan tekun tanpa megira masa di kilang pembuatan dengan pendapatan kurang daripada RM2,000. Jumlah pendapatan itu hanya cukup untuk memenuhi keperluan anak-anaknya sahaja. Jelas di ingatan Kamala bahawa mereka sekeluarga belum pernah lagi merasai pakaian baru sejak kematian suaminya, disebabkan mereka tidak mampu. Walaupun pendapatan Kamala yang sedikit, namum beliau tetap bijak membahagikan wang untuk perbelanjaan harian. Tidak pernah beliau jangka yang beliau sekeluarga akan kehilangan tempat berteduh.

Keadaan keluarga Kamala bertambah parah apabila beberapa bulan yang lalu, kilang tempat Kamala bekerja terpaksa ditutup. Malang bagi setiap pekerja kerana syarikat tidak membayar apa-apa pampasan kepada para pekerja mereka. Kini Kamala hilang segalanya termasuk tempat bergantung. Saudara-mara beliau juga tidak dapat memberikan bantuan kerana masing-masing mempunyai masalah mereka sendiri. Berbulan-bulan Kamala berusaha gigih untuk mendapatkan pekerjaan lain bagi menyara hidup keluarga sendiri dengan kadar pendapatan yang selayaknya.

Namun, usaha beliau tidak berhasil kerana Kamala masih gagal mendapatkan perkerjaan. Ini menyebabkan beliau turut gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman bagi bulan berkenaan. Kamala akhirnya tiada pilihan lalu bekerja sebagai sebagai tukang cuci yang hanya dibayar sesuku daripada pendapatan beliau sebelum ini. Anak lelaki beliau yang baru sahaja tamat persekolahan terasa bertanggungjawab lalu keluar mencari pekerjaan bagi meringankan beban ibunya dengan pendapatan tambahan senyak RM1,000 sebulan. Kini pendapatan bulanan sekeluarga yang bertambah sebanyak RM1,500 melegakan beban sedikit, walaupun pada hakikatnya ia masih tidak mencukupi.

Sebaik sahaja kehidupannya kembali normal, Kamala dikejutkan dengan berita tentang lelongan kediamannya. Beliau terkejut bahawa tarikh lelongan telah ditetapkan. Keadaan bertambah buruk apabila Kamala tidak tahu dimana mendapatkan bantuan bagi memperolehi wang untuk menghentikan lelongan rumah beliau. Setelah menyuarakan masalah tersebut kepada seorang rakan, beliau telah disyorkan untuk mendapatkan nasihat AKPK.

Kamala kembali tenang apabila kaunselor kami memberitahunya bahawa mereka akan berunding dengan institusi perbankan yang terlibat dan membuat bayaran pendahuluan minimum dari akaun KWSP ke atas rumahnya. Dalam masa sehari agensi berjaya berunding dengan bank dan menghentikan lelongan tersebut. Jumlah pinjaman perumahan beliau juga disusun semula mengikut pelan pembayaran balik yang lebih berpatutan. Walaupun Kamala menyedari bahawa dia perlu bekerja keras untuk bersaing dengan pembayaran komitmen beliau, Kamala yakin bahawa dengan bimbingan AKPK, kini beliau kembali berada di landasan kewangan yang betul.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 7

Malangnya nasib Suzie* yang baru-baru ini selesai bercerai secara sah dengan bekas suaminya. Tambahan itu beliau diperanggungjawabkan menjaga anak beliau sendiri. Kedua-dua ibu bapanya yang sedang uzur menjadikan Suzie lebih tabah berjuang untuk menyara kehidupan keluarga. Sepanjang tempoh perkahwinan beliau dengan bekas suaminya, Suzie telah memilih untuk menjadi suri rumah. Beliau rela mengobankan kerjaya beliau sebelum ini untuk memberi lebih tumpuan kepada keluarga. Tidak pernah terlintas di fikiran beliau yang suaminya Alex akan berubah sama sekali daripada seorang lelaki penyayang kepada seorang kaki judi.

Berjudi merupakan satu penyakit yang kronik. Lebih teruk lagi ialah apabila Alex gagal membayar hutang-piutang yang semakin bertambah, dia akan pergi mendapatkan bantuan pinjaman daripada lintah darat. Ini mengakibatkan keadaan bertambah rumit apabila dia gagal membayar kembali hutang Ah Long dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Suzie sekeluarga sering ditakut-takutkan dan dikecam oleh lintah darat. Hal ini berlaku disebabkan oleh kecuaian Alex sendiri. Oleh sebab itu penceraian merupakan jalan penyelesaian terbaik bagi Suzie.

Namun begitu, Suzie tahu bahawa penceraian bukanlah jawapan untuk setiap permasalahan hidupnya. Beliau tidak pernah menyangka bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah kerja yang amat susah. Beliau masih menyangka yang Alex akan tetap membantu dalam menyara keluarganya walaupun sudah bercerai. Alangkah terkejutnya apabila mendapati yang Alex tidak lagi mempedulikannya dan kini kesemua tanggungjawab itu terpaksa digalas atas bahu sendiri. Lantas beliau cuba untuk mencari pekerjaan walau hakikatnya ia bukan mudah kerana beliau hanya lepasan sekolah menengah. Suzie telah cuba mencari apa jua pekerjaan yang layak tetapi tidak berjaya. Akhirnya beliau diterima bekerja sebagai setiausaha di sebuah agensi kerajaan. Beliau amat bernasib baik kerana dibayar gaji sebanyak RM2,000 dan itu sudah mencukupi untuk membayar tunggakan hutangnya.

Sebaik sahaja keadaan mula beransur pulih, Suzie menerima notis bankrap. Bekas suaminya telah mengambil pinjaman di bawah namanya untuk membeli sebuah kereta selepas mereka berkahwin. Namun Alex tidak membayar pelan ansuran tersebut. Suzie amat kecewa dengan perangai suaminya. Jumlah awal pinjaman RM50,000 kini telah meningkat secara mendadak kepada RM250,000 dalam tempoh yang amat singkat. Keadaan bertambah buruk apabila Suzie mendapati kereta itu di bawah pengawasan lintah darat yang dianggap sebagai cagaran atas hutang bekas suaminya. Jadi sukar untuk pihak bank mengesan kereta tersebut. Suzie kemudiannya dipujuk teman karibnya yang menyarankan beliau untuk menghubungi AKPK untuk khidmat bantuan.

Selepas bersemuka dengan Suzie dan memahami dengan lebih mendalam tentang keperitan yang dialami, AKPK membentangkan kertas kerja kepada pihak bank tentang persetujuan bayaran semula. Tunggakan sebanyak RM50,000 akan dibuat dengan 0% bunga dikenakan ke atas ansuran bulanan sebanyak RM500. Pihak bank bersetuju sepenuhnya dengan pelan penyelesaian yang telah dicadangkan. Malah, penerimaan daripada pihak bank merupakan 2 minggu sebelum tarikh kes di mahkamah. Beliau berasa terharu kerana AKPK telah berjaya bertindak pantas dan menyelamatkan beliau daripada muflis. Walaupun beliau terpaksa membayar tunggakan secara berterusan, Suzie merasakan dengan bantuan daripada AKPK, beliau bakal bebas daripada dibelenggu masalah kewangan. Beliau berharap agar keadaan akan menjadi bertambah baik untuk keluarganya.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 5

Selepas terlibat dalam kemalangan kereta, Encik Ahmad* bukan sahaja hilang pendengaran malah turut telah hilang pekerjaan. Beliau pernah bekerja sebangai pegawai keselamatan untuk 15 tahun yang lalu di sebuah agensi kerajaan tempatan dengan gaji sebanyak RM2,600 sebulan. Jumlah itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarganya. Disebabkan kemalangan itu, beliau terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana deria pendengarannya yang hilang telah memberi impak besar terhadap tugas sebagai pengawal.

Encik Ahmad berasa sangat kecewa apabila masalah ini berlaku. Beliau mulai bimbang memikirkan wang perbelanjaan bulanan untuk keperluan harian. Pinjaman perumahan yang perlu dijelaskan setiap bulan bernilai RM1,000. Selain itu, beliau juga mempunyai komitmen bulanan iaitu sewa beli dan pinjaman peribadi. Encik Ahmad berusia 48 tahun dan mempunyai 2 orang anak kecil yang masih bersekolah dan isteri yang berada di bawah tanggungannya. Hal ini membuatkan beliau sangat runsing memikirkan tentang jaminan kewangan untuk masa hadapan. Dengan berbekalkan pendidikan dan pengalaman yang sangat terhad, Encik Ahmad sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Tambahan pula masalah pendengaran yang dihadapi itu menyukarkan lagi tugas beliau sebagai seorang pekerja kolar biru.

Dalam kebingungan Encik Ahmad menemui bekas majikan dengan harapan mereka dapat membantu meringankan beban beliau. Bekas majikan Encik Ahmad menasihatkannya mendapatkan surat sokongan rasmi daripada hospital kerajaan untuk mengesahkan ketidakupayaan beliau. Dengan bukti itu, bekas majikannya dapat memohon kepada PERKESO untuk mendapatkan wang bantuan pencen ilat sebanyak RM 1,400 sebulan. Beliau layak menerimanya kerana hilang daya pendengaran akibat kemalangan.

Wang pencen itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan Encik Ahmad. Namun, beliau masih tidak yakin terhadap kemampuan beliau untuk membayar pinjaman bulanan kepada pihak bank. Beliau berkongsi masalah ini dengan adiknya. Adik Encik Ahmad setuju menghulurkan bantuan sebanyak RM200 setiap bulan untuk membayar tunggakan beliau. Adiknya juga menyarankan agar beliau mendapatkan bantuan daripada AKPK untuk khidmat nasihat tentang cara menangani masalah yang sedang beliau hadapi.

AKPK mengatasi isu tersebut dengan melihat terlebih dahulu baki pinjaman perumahan Encik Ahmad. Beliau dinasihatkan untuk mengeluarkan kesemua wang simpanan daripada Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 2 untuk membayar pinjaman perumahan beliau sepenuhnya. Encik Ahmad baru menyedari bahawa beliau boleh menggunakan wang KWSP untuk tujuan itu. Encik Ahmad sangat gembira apabila mendapat tahu bayaran untuk rumah itu berjaya dilunaskan. Berkenaan komitmen sewa beli bulanan, RM700 adalah terlalu tinggi untuk beliau tanggung. Tetapi dengan bantuan AKPK, tempoh pembayaran semula pinjaman dapat dipanjangkan dan ini membolehkan beliau membayar separuh daripada jumlah asal.

Dengan kedua-dua masalah ansuran bulanan utama berjaya diatasi, AKPK beralih pula untuk membentuk semula pembayaran balik pinjaman peribadi beliau daripada RM350 sebulan kepada RM200 sebulan. Hal ini kerana menurut undang-undang, pencen ilat tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran semula. Dengan itu, perundingan semula dari RM350 kepada RM200 membolehkan adik Encik Ahmad membuat pembayaran semula bagi pihak beliau. Kaunselor AKPK berjaya menyelesaikan keperitan hidup Encik Ahmad dan dapat bekerjasama dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan walaupun menggunakan bahasa isyarat untuk membantu beliau memahami keadaan sebenar. Dengan bantuan AKPK, kini Encik Ahmad boleh menarik nafas lega dan dapat meneruskan hidup tanpa dibelenggu masalah kewangan lagi.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 4

Sandra*, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 8 tahun menyatakan bahawa beliau sudah 10 tahun mengalami masalah. Beliau mengakui bahawa beliau terlalu mengikut perasaan dan mahu menunjuk-nunjuk kepada keluarganya bahawa beliau mempunyai kehidupan yang mewah.

Beliau membelanjakan wang untuk apa jua yang diinginkan : pakaian, kasut, barang- barang lain, makanan-makanan yang mahal dan mengamalkan cara hidup mewah seolah-olah beliau memperoleh pendapatan yang lumayan. Kesemua masalah ini berpunca daripada ketidakpuasan hati akibat keretakan rumah tangga yang beliau hadapi. Pada tahun 2005, beliau bercerai secara sah dan ini membuatkan Sandra memutuskan untuk berhenti kerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pengarah urusan sebuah syarikat awam yang terkemuka. Beliau memilih untuk melibatkan diri sepenuh masa dalam “multi-level marketing” (skim pyramid) dan beranggapan bahawa beliau akan memperoleh keuntungan yang lebih besar. Dalam masa yang sama beliau masih berbelanja secara berlebih-lebihan tanpa mengawal penggunaan wang sehinggakan beliau mula menerima surat daripada bank-bank yang telah menawarkan perkhidmatan kad kredit kepada Sandra sebelum ini. Pada masa itu, beliau menanggung hutang daripada 5 jenis kad kredit yang berbeza dengan had kredit melebihi RM70,000.

Menyedari hakikat bahawa dirinya terperangkap dalam krisis kewangan, Sandra cuba untuk mengambil jalan pintas. Kerana tidak mahu dibelenggu masalah kewangan yang teruk, Sandra cuba membunuh diri tetapi gagal dan akhirnya ditempatkan di hospital.

Sandra tidak pernah mengetahui tentang AKPK sehingga diberitahu oleh adik perempuannya kerana pada masa itu beliau sudah menemui jalan buntu.

Dengan bantuan kami, Sandra telah mula membuat bayaran ansuran bulanan dalam tempoh 2 tahun. Beliau turut belajar untuk mengawal perbelanjaan dan mula menyimpan untuk kegunaan masa hadapan.

Beliau mengakui bahawa amat sukar untuk beliau membina semula keyakinan untuk meneruskan hidup. Sandra juga turut menasihatkan mereka yang menghadapi masalah hutang yang agak membimbangkan agar tidak mendapatkan bantuan daripada lintah darat sebaliknya mendapatkan bantuan daripada AKPK.

Kini, Sandra hanya membelanjakan wang mengikut kemampuan dan keperluan sahaja. Beliau tidak lagi membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Sandra juga kini bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran dan cuba untuk menyimpan wang untuk kegunaan di waktu kecemasan. Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya beliau mempunyai wang simpanan. Beliau turut melabur sebahagian daripada wang itu ke dalam unit amanah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tambah beliau lagi, untuk mencapai keseimbangan dalam kehidupan, kita perlu bersenam setiap hari, amalkan cara pemakanan yang betul dan lakukan kerja yang berfaedah supaya kita tidak mempunyai apa-apa peluang untuk membelanjakan wang dengan sia-sia.

Beliau juga percaya bahawa jika diri kita gembira, lebih mudah untuk kita mengawal perbelanjaan.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 3

Charles* ialah seorang eksekutif jualan serantau yang berjaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata yang masih kecil dan seorang isteri yang cantik. Beliau sentiasa tahu bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik dengan cara hidup mengikut kemampuan.

Beliau sudah bertahun- tahun menggunakan kad kredit secara berhemat. Beliau juga tidak pernah menyalahgunakan kad kredit dan sentiasa melunaskan pembayaran semula dengan kadar yang segera. Namun begitu, beliau tidak pernah membuat simpanan wang untuk kegunaan di waktu kecemasan. Ini menimbulkan masalah kewangan kepada beliau.

Selain daripada isteri dan anak-anak, Charles juga turut menyara bapanya yang semakin meningkat usia. Apabila bapanya memerlukan wang untuk kos prosedur rawatan, beliau akan bertanggungjawab untuk membayar kos rawatan tersebut dan sering menggunakan kad kredit untuk membiayai rawatan tersebut. Namun apabila menerima notis daripada pemiutang, barulah beliau sedar bahawa beliau tidak mampu untuk membuat pembayaran semula kad kredit tersebut.

Pertengkaran besar telah berlaku di antara Charles dan isterinya menjadikan keluarga itu tertekan. Hal ini adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk berurusan dengan pemiutang dan dikhuatiri mereka tidak lagi mampu untuk menanggung perbelanjaan harian mereka sendiri.

Charles mendapat tahu tentang perkhidmatan kaunseling kredit dan pengurusan hutang lalu segera menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan. Setelah bertungkus-lumus berbincang dengan pemiutang terbabit, kami berjaya mengurangkan pembayaran hutang bulanan Charles sebanyak 70%.

Charles telah mendaftar dirinya dalam program pengurusan kredit yang kami sediakan dan turut mengikuti jadual pembayaran balik yang diberi. Beliau berhajat untuk menyelesaikan tunggakan kad kredit walaupun jumlahnya agak besar. Kami mencadangkan kepada beliau untuk menjual apartmen yang beliau duduki dan mereka sekeluarga boleh berpindah ke rumah bapanya yang sedang sakit tenat.

Charles menerima nasihat itu dan berjaya menyelesaikan sepenuhnya hutang kad kredit yang tertunggak. Beliau juga mampu menyimpan sejumlah wang baki daripada bayaran itu ke dalam akaun simpanannya. Kini Charles boleh menarik nafas lega kerana masalah kewangan beliau telah dapat diatasi dengan baik.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 2

Tiada siapa yang menyangka bahawa Encik Herman* bakal mengalami masalah hutang yang teruk. Kemewahan yang dikecapi adalah hasil daripada kejayaan beliau menguruskan kedai pembaikpulih komputer milik beliau sendiri. Oleh yang demikian beliau mampu menyara keluarga. Isteri beliau merupakan suri rumah sepenuh masa yang mampu memberikan sepenuh perhatian kepada anak kecil yang masih berumur 1 tahun dan ibu beliau yang semakin uzur.

Kebiasaannya, Encik Herman dan isterinya akan menguruskan penggunaan kad kredit secara berhemat dan sentiasa menepati pembayaran semula dalam jumlah yang termaktub. Tambahan itu, beliau juga sedar betapa pentingnya simpanan dan oleh itu membuat sejumlah simpanan daripada hasil keuntungan perniagaan.
Adalah amat sukar untuk meneka apa yang membuatkan beliau sanggup mengorbankan wang simpanan beliau sendiri untuk membantu rakannya yang sedang sakit. Oleh kerana tidak sanggup melihat rakannya yang sedang berhadapan dengan masalah kesempitan wang, Encik Herman sanggup membantu kerana beliau berasa yakin bahawa beliau tidak akan memerlukan wang dalam masa terdekat.
Malang tidak berbau, beberapa bulan selepas beliau menyerahkan setiap sen dari wang simpanannya kepada rakan beliau, perniagaan Encik Herman telah menghadapi saingan sengit daripada firma yang lebih besar yang berhasrat untuk memulakan operasi yang terletak berdekatan firma milik beliau.

Akibatnya, perniagaan mula merosot lantas Encik Herman terpaksa menggunakan kad kredit untuk membiayai perbelanjaan syarikat miliknya yang semakin bermasalah. Beliau membuat kesimpulan bahawa suntikan lebih banyak pelaburan akan dapat membantu membaikpulih kerugian sebelum ini. Tambahan itu, beliau beranggapan bahawa beliau mampu membayar kembali segala hutang piutang apabila keaadan perniagaannya kembali pulih.

Masa kian berlalu. Tanggapan Encik Herman bahawa beliau bakal bebas daripada masalah kewangan sebaik sahaja perniagaan beliau pulih nampaknya semakin hari semakin meleset. Encik Herman tidak mampu membuat pembayaran semula kad kredit daripada pendapatan kecil yang beliau perolehi.
Keadaan bertambah buruk apabila pemiutang tampil untuk menuntut bayaran masing-masing. Pada ketika itu barulah beliau sedar yang kini beliau bukan sahaja tidak mampu lagi untuk menyara keluarga bahkan beliau juga turut tidak mampu untuk membuat bayaran semula kad kredit berkenaan.

Keadaan menjadi semakin tertekan apabila beliau tidak mampu untuk melunaskan tunggakan kad kredit dan pendapatan yang semakin merosot. Ini menyebabkan berlakunya pertengkaran dalam rumahtangga Encik Herman. Mujurlah masih ada rakan beliau yang masih sudi membantu dengan memperkenalkan khidmat AKPK sebagai jalan penyelesaian.

Selepas rundingan dijalankan dengan bank-bank berkenaan, kami berjaya mengurangkan pembayaran balik hutang bulanan Encik Herman sebanyak 60%. Kami juga mencadangkan suatu pelan pembayaran semula yang tidak terlalu membebankan kewangan beliau. Selepas 6 bulan dalam tempoh pembayaran balik, Encik Herman berjaya melunaskan kesemua tunggakan tersebut selepas rakannya membayar kembali wang yang pernah dipinjam kepada beliau. Kini Encik Herman berasa lega apaila mengetahui yang beliau mampu untuk mengawal masalah kewangan secara peribadi. Beliau juga lebih berwaspada tentang penggunaan wang. Kata beliau, “Hutang yang tidak mampu saya kendalikan bahkan seperti awan gelap yang mengekori saya setiap hari. Sekarang awan gelap itu sudah tidak ada lagi.”

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

  • Cerita 1

Di saat Encik Ramon* melangkah masuk ke premis kami, beliau tidak sangka bahawa beliau mempunyai masalah hutang (kredit) selama 3 tahun. Sekembalinya ke tanah air selepas 15 tahun menetap di Amerika Syarikat, beliau amat terkejut apabila mendapati beliau mempunyai tunggakan kad kredit sebanyak RM 66,000.

Kenyataan ini amat memeranjatkan kerana beliau yakin bahawa beliau sudahpun melunaskan hutang-piutangnya sebelum berangkat ke Amerika Syarikat. Beliau telah pergi ke bank-bank yang berkenaan untuk mengetahui punca masalah itu dan mendapati bahawa ianya bukan berpunca daripada tunggakan bayaran tetapi kerana beliau terlupa untuk membatalkan kad kredit . Kedua-dua bank tersebut telah mengenakan caj ke atas yuran keahlian dan jumlah keseluruhan telah meningkat secara mendadak sejak bertahun ianya ditinggalkan.

Walaupun sudah 3 tahun beliau mengadakan rundingan dengan kedua-dua bank tentang tunggakan hutangya , beliau masih gagal untuk menarik diri ataupun mengurangkan jumlah tunggakan tersebut. Apabila menemui jalan buntu beliau mulai berputus asa. Namun begitu, keadaan mula berubah apabila beliau mengetahui tentang kewujudan AKPK. Dalam masa beberapa hari, AKPK telah berunding dengan kedua-dua bank tersebut dan berjaya memanjangkan tempoh masa untuk pembayaran semula pinjaman selama 10 tahun.

Seperti pelanggan-pelanggan yang lain, En Ramon berhasrat untuk membuat pembayaran semula dalam tempoh beberapa bulan terdekat.

Oleh hal yang demikian beliau sekali lagi tampil untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor AKPK. Selepas rundingan kedua dengan bank-bank berkenaan, kaunselor kami berjaya mendapatkan pengurangan bayaran untuk tunggakan hutang beliau. Akhirnya Encik Ramon berjaya menyelesaikan masalah tersebut dan sekaligus menjadi lebih berhemat dalam menguruskan kewangan beliau.

*Nama individu dalam cerita ini telah diubah untuk melindungi identiti individu berkenaan. Kisah kejayaan ini hanyalah bertujuan memaklumkan pembaca tentang perkhidmatan AKPK dan sebagai nasihat untuk pembaca dari sudut pengurusan kewangan.

Sumber : http://www.akpk.org.my

Print Friendly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*