Cabaran ini agak menarik dan sangat praktikal untuk diamalkan. Mampu dilaksanakan oleh sesiapa sahaja asalkan ada kesungguhan untuk menyimpan. Hasilnya pada minggu ke 52 juga sangat mengujakan. Bagaimana ingin menyahut cabaran ini?

Dalam setahun kita ada 52 minggu. Jumlah simpanan yang perlu dibuat ialah mengikut minggu. Contoh minggu pertama, simpanan ialah RM1, minggu kedua ialah RM2 dan seterusnya sehingga minggu ke 52 iaitu RM52. Jumlah sehingga akhir tahun yang terkumpul ialah RM1378!!!. Ia satu nilai yang besar dengan usaha yang konsisten dan disiplin. Rujuk rajah di bawah untuk lebih jelas:

Cabaran52minggu

Ayuh kita sama – sama sahut cabaran ini. Untuk mendapatkan borang kosong (pdf) sila klik SINI. Anda juga boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan cabaran ini di FB : https://www.facebook.com/52WeekMoneyChallenge

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *