Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) – PIND & PAJAR

Direktori ini merupakan satu kumpulan data yang terdiri daripada Pakar Industri dan Pakar Pengajar. Ia bertujuan mendaftar dan memperakukan individu (personel) yang berpengalaman luas dan berkemahiran dalam sektor industri mengikut kriteria tertentu. Pakar Industri Negara terbahagi kepada 2 iaitu Pakar Industri atau PIND yang bermaksud pekerja industri yang mahir, berpengalaman dan pengamal (practioner) dalam industri berkaitan. Pakar Pengajar (PAJAR) pula adalah pengajar mahir yang berpengalaman dalam sesuatu program kemahiran. Kriteria umum kedua – dua pakar ini ialah Warganegara Malaysia / PR Malaysia dan pengalaman kerja/mengajar minima 10 tahun.

maksud pajar

Direktori Pakar Industri Negara

Bagi kategori PAJAR kriteria / syarat tambahan adalah seperti rajah berikut.

syarat pajar

Untuk lebih memahami Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) ini pembaca boleh download slide powerpoint di laman web CIAST. Saya ada menghantar borang permohonan sebagai PAJAR kira – kira 2 minggu lepas. Maklumat awal yang saya perolehi berkaitan keputusan permohonan ini adalah dalam tempoh sebulan dan makluman secara bertulis akan diberi samaada berjaya atau tidak.

borang permohonan PAJAR

Contoh Borang permohonan PAJAR

Langkah – langkah permohonan:

  • Download Borang Permohonan.
  • Lengkapkan semua maklumat beserta salinan sijil berkaitan yang disahkan.
  • Hantar borang permohonan ke:

Unit Pentauliahan Personel & Pakar (UPPP)

Program Kelayakan Kekompetenan (PKK)

Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Peti Surat 7012 ,

Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,

40900, Shah Alam,Selangor .

Tel : 03-5543 8200

Permohonan saya telah pun berjaya dan menerima Surat Perakuan Pakar Pengajar (PAJAR) seperti di bawah.

daftar PAJAR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in DPIN, HVAC, SKM Tagged with: ,
0 comments on “Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) – PIND & PAJAR
3 Pings/Trackbacks for "Direktori Pakar Industri Negara (DPIN) – PIND & PAJAR"
  1. […] lepas saya ada menerima hebahan Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) 2015 Bagi Personel DPIN melalui emel. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Pengajar Dan Latihan Lanjutan (CIAST), […]

  2. […] beberapa perbezaan yang saya faham antara 2 personel pengiktirafan ini. Berkaitan DPIN anda boleh rujuk catatan lama saya untuk lebih […]

  3. […] DESCUM dan konsep pembangunan NOSS melalui kaedah DESCUM. Taklimat ini dihadiri oleh 27 personel DPIN dari pelbagai agensi dan pusat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*