Perkongsian langkah – langkah mendapatkan SKM 2 & 3 melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
1) Permohonan SKM secara PPT.
- Mengunakan borang JPK/PPT/1001(P2) dah dihantar ke JPK Cyberjaya setelah lengkap.
- Antara dokumen yang perlu disertakan dan disahkan ialah salinan kad pengenalan dan pengesahan pengalaman kerja.
- Bayaran adalah RM300 untuk satu tahap.
2) Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Kursus ini perlulah dihadiri oleh semua calon sebagai pengenalan tentang SKM dan fungsi Jabatan Pembangunan Kemahiran.
- Kursus ini banyak dianjurkan oleh sektor swasta dengan bayaran tertentu.
- Saya telah menghadiri kursus ini pada 22 & 23 Ogos 2013 anjuran BPTV dan telah lulus.
3) Surat Penugasan.
- Selepas lulus kursus induksi, calon perlulah menunggu surat penugasan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada calon.
- Surat ini mengandungi arahan untuk membangunkan portfolio, no pendaftaran dan tempoh penilaian bagi permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Surat ini juga mengandungi maklumat pegawai penilai (PP) bagi calon tersebut.
- Tempoh penilaian saya ialah 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014 iaitu2 bulan. Dalam tempoh ini calon perlu membangunkan dan menyiapkan portfolio mengikut panduan yang diberi pegawai penilai (PP).
4)Persediaan Fail & Borang – Borang Yang Berkaitan.
- Fail yang digunakan adalah kulit putih bersaiz 2 inci. Saya menyediakan 2 fail iaitu Tahap 2 dan Tahap 3.
- Isi kandungan fail adalah seperti dalam rajah di bawah.
Isi Kandungan Fail
- Menyediakan fotostat sijil – sijil yang berkaitan dalam bidang yang di mohon. Salinan ini perlu dibuat nombor pada bahagian atas sebelah kanan.
- Membuat senarai tugas guru/tugas penyeliaan bengkel, Carta Organisasi Bengkel & Carta Organisasi Pusat Bertauliah (jika telah mendapat status pusat bertauliah).
- Melengkapkan borang – borang yang berkaitan iaitu JPK/PPT/1002, JPK/PPT/1002A, JPK/PPT/1002C dan JPK/PPT/1003A. Borang JPK/PPT/1003A ini hendaklah dicetak menggunakan kertas pink dalam 3 salinan.
5) Pengesahan Pegawai Penilai Luar (PPL).
- Pegawai penilai luar akan melawat tempat kerja calon untuk pengesahan bidang tugas. Dalam kes saya PP dan PPL hanya melihat fail portfolio sahaja.
- Saya telah mendapat ulasan seperti berikut oleh PPL dan telah menerima sijil SKM.
6) Senarai softcopy berkaitan Permohonan SKM.
- Label Tepi Fail & Muka Depan Fail
- Borang Permohonan JPK/PPT/1001(P2)
- Contoh Surat Pengesahan Pengalaman Kerja/Pengesahan Majikan
- Isi Kandungan Fail/Susunan Portfolio Calon
- Senarai Tugas Guru/Tugas Penyeliaan Bengkel
- Carta Organisasi Bengkel
- Borang JPK/PPT/1002, JPK/PPT/1002A, JPK/PPT/1002C dan JPK/PPT/1003A.
- Surat Akuan Sumpah
- Job Profile Chart (Level 2 & 3)
Jika ada masalah pada pautan muaturun di atas, pembaca boleh muaturun semua bahan melalui pautan ini: Portfolio SKM 2 & 3
7) Kemaskini (21/2/2016)
Oleh kerana ada yang bertanya lebih details berkaitan permohonan ini, maka pembaca boleh rujuk Presentation_Umum_PPT_-_Calon-latest yang di disediakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.