Rancangan Aktiviti Tahunan (RAT) Kokurikulum.

Contoh Rancangan Aktiviti Tahunan (RAT) yang boleh dilaksanakan semasa perjumpaan mingguan. Meliputi Kelab, Persatuan dan Unit Beruniform terpilih seperti di bawah. Guru – guru juga boleh memasukkan aktiviti tersebut dalam plan strategik unit kokurikulum masing – masing. Rujuk catatan lepas saya untuk mendapatkan template plan strategik kokurikulum.

Kelab Persatuan Uniform

Muaturun Rancangan Aktiviti Tahunan: RAT[https://cikgunas.net]

Softcopy Fail Persediaan Mengajar 2016.

softcopy fail persediaan mengajar

Softcopy Fail Persediaan Mengajar 2016 ini adalah bagi guru yang menggunakan fail bagi menggantikan buku rekod mengajar. Softcopy ini mengandungi maklumat yang diperlukan dalam fail tersebut seperti di bawah :

kandungan 1

kandungan 2

Perkongsian dari saya sendiri dan beberapa orang guru yang saya nyatakan di bawah ini dianggap terbaik bagi persediaan menghadapi tahun baru 2016. Pembaca boleh terus mendapatkan softcopy tersebut melalui mana – mana link download yang saya sediakan di bawah. Oh ya, dalam catatan lepas saya bertajuk Dokumen Lengkap Guru 2015, saya menerima lebih 100 komen mohon untuk di emel. Diharap pembaca dapat gunakan kaedah muaturun tersebut dahulu kerana ia lebih mudah dan cepat untuk tuan/puan.

muaturun softcopy FPM 2016Dropbox , Box.net , 4shared

Selamat Tahun Baru 2016 dan salam pembelajaran abad 21. Untuk terus mendapatkan catatan terkini dari saya melalui emel, masukkan emel tuan/puan dalam ruangan sebelah kanan catatan ini.

Regards,

https://cikgunas.net

Sumber tambahan:

  • https://www.ummiseri.com
  • https://cikguayu.my

Portfolio Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB).

[KEMASKINI : 14 Julai 2015]

Portfolio ini yang perlu diterjemahkan dalam bentuk fail oleh setiap guru dan pemimpin sekolah dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) adalah untuk melengkapi pembangunan professionalisme sedia ada dan mentranformasi amalan pembangunan professionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.

Buku panduan Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB) ini boleh dimuaturun dari laman sesawang di bawah. Masukkan no kad pengenalan dan kemaskini tempat bertugas jika perlu untuk mendapatkan panduan dalam bentuk pdf.

  • https://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB/index.cfm

Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB)

Kandungan Portfolio

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU
  • Nama:
  • Jawatan:
  • Tempat Bertugas:
BAHAGIAN ISI FAIL
A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
  • Vitae Kurikulum.
  • Falsafah Pendidikan Negara.
  • Skop Kerja.
  • Sasaran Kerja Tahunan.

a-peranan dan tanggungjawab

B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
  • Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan.
  • Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan.
  • Penyertaan dalam Aktiviti PPB.

b-pelan pembangunan profesional

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI
  • Senarai Tugas dan Tanggungjawab.
  • Sumbangan kepada KPM/JPN/PPD.
  • Penulisan/Penerbitan.

c-sumbangan kepada organisasi

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP/KEPIMPINAN
  • Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar dan Penilaian / Perancangan Strategik.
  • Contoh Hasil Kerja.

d-bahan bukti dalam pdp

E. ANUGERAH /PENCAPAIAN
  • Anugerah Perkhidmatan.
  • Anugerah dalam PdP/Kepimpinan/Lain-lain.
  • Jemputan untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan Lain-lain.

e-anugerah & pencapaianF. PENILAIAN PdP/KEPIMPINAN

  • Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan.
  • Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan.
  • Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid/Ketua Jabatan.

f-penilaian pdp2

f-penilaian pdp

Save image ke dekstop dan zoom untuk paparan lebih jelas.

Kepentingan Portfolio

kepentingan2

kepentingan1Muaturun isi dan dokumen berkaitan Pelan Pembangunan Professionalisme Berterusan (PPPB)

Sumber : goggle & facebook KGM

 

Kaedah Mengira Kapasiti Pendinginan.

Kaedah yang diberikan dalam catatan ini saya perolehi semasa menghadiri Product Training By Panasonic (M) Sdn Bhd yang lepas. Ini antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengira kapasiti pendinginan yang diperlukan bagi sebuah bilik atau ruang.

Saya ada membuat anggaran kapasiti pendinginan Bilik Guru SMK Bera dalam catatan yang lepas. Rujuk catatan Anggaran Kapasiti Pendinginan. Apakah yang dimaksudkan dengan Kapasiti Pendinginan?.

Terma ini merujuk kepada haba dalam bilik yang harus dikeluarkan sehingga bilik tersebut mencapai suhu dan kelembapan tertentu. Rekabentu piawai untuk keadaan ini ialah pada suhu 24°C dan kelembapan relatif 55%. Kajian menunjukkan kombinasi suhu dan kelembapan relatif ini adalah paling kondusif untuk tubuh manusia. Dalam ertikata lain anda akan berasa selesa berada dalam bilik tersebut.

Pengiraan:

  • Unit dalam kaki.
  • Faktor 1 & Faktor 2 : rujuk rajah dibawah.
  • Rumus = (L x W x H x Faktor 1) + (Bilangan orang x Faktor 2)

kapasiti pendinginan

Contoh:
Sebuah bilik tidur berukuran panjang 15 kaki, lebar 12 kaki dan tinggi 10 kaki. Ia didiami oleh 2 orang dewasa dan 1 orang kanak – kanak.Berapakah kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk bilik tersebut?

= (15 x 12 x 10 x 5) + (2 x 600 + 1 x 300)
= 9000 + 1500
= 10500 BTU

Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengira kapasiti pendinginan boleh rujuk dalam Siri Nota Penyaman Udara. Pembaca juga boleh membuat kiraan melalui perisian online yang di sediakan di bahagian ini.

BTUCalculation

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...