Technical Hands On Training with Panasonic Malaysia.

Panasonic Malaysia dengan kerjasama MACRA menganjurkan siri latihan atau hand on training untuk sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri ini. Rebut peluang ini untuk menambah ilmu, pengalaman dan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak.

aircond training

Antara kandungan latihan:

  • Basic Air Conditioner Installation Methods (Heat Load Calculation, Pipping & Wiring)
  • Flaring and Tightening Torque Methods
  • Gas Leak Testing
  • R22 to R410A, Refrigerant conversion pump down method
  • Revisiting Panasonic Air Conditioner Error Codes
  • Defect Confirmation Check Sheet

Latihan ini selama satu hari sahaja bermula 930AM – 1230 PM untuk sesi teori dan praktikal pada 130PM – 430PM dengan yuran penyertaan sebanyak RM150. Tarikh latihan dan tempat kursus adalah seperti berikut:

tarikh 1

tarikh 2

Bagaimana untuk menyertai?

i) Muaturun borang permohonan.

ii) Lengkapkan borang dan buat bayaran kepada pihak MACRA.

iii)) Emel semula borang tersebut dan bukti pembayaran kepada pihak MACRA.

  • maklumat akaun dan emel ada dalam borang permohonan
  • Sijil kehadiran disertakan
  • Door Gift, T-shirt dan KFC voucher untuk setiap peserta
  • maklumat lanjut sila muaturun borang permohonan diatas

 

Aktiviti Persatuan Penyejukan Dan Penyaman Udara Malaysia (MACRA)

Catatan ini adalah berkaitan aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penyejukan Dan Penyaman Udara Malaysia atau MACRA. Aktiviti ini terbuka kepada ahli dan bukan ahli. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah kursus, latihan, seminar, lawatan dan pelbagai lagi. Pembaca khususnya yang terlibat dalam bidang penyejukan & penyamanan udara boleh mendapatkan maklumat dalam ruangan ini untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Saya akan sentiasa membuat kemaskini ruangan ini dari semasa ke semasa.

macra

Sila rujuk catatan ini untuk menjadi ahli MACRA. Banyak aktiviti yang dijalankan untuk ahli samaada percuma atau berbayar (diskaun untuk ahli). Saya sempat menyertai lawatan ke kilang Panasonic pada Januari lepas dan ia pengalaman berharga kepada saya.

Product Training By Panasonic (M) Sdn Bhd.

Seminar on Testing Capabilities and Technical Services for CE Marking – Electrical and Electronics Equipment

seminar on ce marking

Seminar on CE Marking – Invitation Letter and Reply Form

Seminar On Understanding CIPAA 2012 (Construction Industry Payment and Adjudication Act)

seminar on cipaa

20150921- MACRA_Understanding CIPAA 2012

Lawatan Ke Kilang Pacific Engineering Sdn Bhd.

Lawatan Pacific EngineeringREGISTRATION FORM – PECOL

1 Day Intensive Course On Fundamental Of Air Conditioning System.

Kursus Aircond MACRA1FUNDAMENTAL – COURSE CONTENT REGISTRATION FORM

MACRA 15th Anniversary & Building Fund Raising Dinner 2015

Workshop on Refrigeration & Air-Conditioning

RAC Workshop

Kursus: 2 Days Inverter Air Conditioner- Installation & Testing (Module EAC001/15)

  • Tarikh : 25th – 26th August 2015
  • Masa  : 9.30 AM – 5.00 PM
  • Tempat : Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Shah Alam
  • Yuran : RM1,650.00 (MACRA Member with Valid CIDB GREEN Card),  RM1,750.00 (MACRA Member without Valid CIDB GREEN Card), RM1,850.00 (NON- MACRA Member & with CIDB GREEN Card), RM1,950.00 (NON-MACRA Member & Non-GREEN Card Holder)
  • Borang Penyertaan & Jadual Kursus

Lawatan ke OYL Malaysia.

  • Tarikh : 30 Julai 2015 (Khamis).
  • Masa : 3.00PM – 5.00PM.
  • Tempat : OYL Research & Development Centre Sdn Bhd, Sungai Buloh.
  • Yuran Penyertaan : RM50 (ahli) dan RM100 (bukan ahli).
  • Tarikh tutup penyertaan : 14 Julai 2015.
  • Muaturun Borang Penyertaan.

Seminar “Performance Bonds: Can On-Demand Bonds be Stopped?”

  • Penceramah : Mr Lai Sze Ching.
  • Tarikh : 28 Julai 2015 (Selasa).
  • Masa : 5.30 PM – 7.30 PM.
  • Tempat : The Malaysian Institute of Arbitrators, Petaling Jaya.
  • Yuran : MIArd Members @ RM30.00, MBAM members @ RM 50.00, Non – Members @ RM70.00
  • Risalah.

Seminar “Construction Industry Payment And Adjudication Act (CIPAA) 2012”.

  • Tarikh : 26 Ogos 2015 (Rabu)
  • Masa : 8.30AM – 5.00PM
  • Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya.
  • Yuran : Ahli MBAM @ RM450, Bukan Ahli @ RM580.
  • Tarikh tutup penyertaan : 19 Ogos 2015.
  • Borang penyertaan.

Intensive Course On Fundamental Of Air Conditioning System.

  • Tarikh : 10 Jun 2015 (Rabu).
  • Masa : 9.00AM – 5.00PM.
  • Tempat : Pejabat MACRA.
  • Borang Penyertaan & Kandungan Kursus.
  • Yuran penyertaan :
    RM550.00 (MACRA Member with valid CIDB Green CardRM600.00 (MACRA Member without valid CIDB Green CardRM700.00 (NON-  MACRA Member & with CIDB Green CardRM800.00 (NON – MACRA Member & Non-CIDB Green Card Holder

 

Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC

Baru – baru ini saya ada menerima emel dari pihak MACRA berkaitan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara pelan ini ialah larangan bagi membuat, memasang dan mengimport peralatan penyaman udara menggunakan HCFC yang berkapasiti 2.5 horse power (HP) dan ke bawah mulai Julai 2015. Strategi ini juga merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan penggunaan HCFC 22 terutamanya untuk perkhidmatan penyelenggaraan memandangkan jumlah unit penyaman udara HCFC yang berkuasa 2.5 HP dan ke bawah yang digunakan di Malaysia adalah besar dan dijangka bertambah jika tiada kawalan.

Pembangunan bahan pendingin baharu berteknologi hijau dan semulajadi seperti Refrigeran Hidrokarbon (HC) juga sedang dibuat seperti yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan HVAC, ILP Kepala Batas November Lepas. Lampiran yang berkaitan adalah seperti berikut:

a) Surat Jabatan Alam Sekitar

b) Surat MACRA

HCFC
Contoh kandungan bahan pendingin.

Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association (MACRA).

macra

objektif MACRA
Objektif MACRA

MACRA (Malaysian Air – Conditioning & Refrigeration Association) atau Persatuan Penyejukan dan Penyaman Udara Malaysia merupakan satu organisasi yang ditubuhkan atas beberapa objektif seperti di atas. Kategori ahli MACRA terbahagi kepada 2 iaitu Corporate Members & Individual Member. Untuk menjadi ahli MACRA ikuti langkah – langkah berikut :

  • Muaturun MACRA MEMBERSHIP FORM (2014)
  • Isi dan penuhkan ruangan berkenaan dan emel ke enquiry@macra.org.my (up : Ms Ann Lo)
  • Bayaran dikenakan sebanyak RM100 iaitu untuk yuran penyertaan (RM50) dan yuran tahunan (RM50).
  • Bayaran dibuat selepas pengesahan keahlian dan anda akan menerima invoice untuk tujuan pembayaran.
invoice
Contoh Invoice

Anda akan mendapat sijil keahlian MACRA selepas pengesahan pembayaran. Sijil akan dipos ke alamat yang diberi dalam masa seminggu.

Saya baru sahaja menerima sijil keahlian sebagai Individual Member.

MACRA Certificate
Sijil Keahlian MACRA

Kelebihan menjadi Ahli MACRA.

Buat masa ini saya ada menerima jemputan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh pihak MACRA. Tempat adalah terhad dan kelebihan kepada ahli kerana mendapat maklumat lebih cepat. Lain – lain kelebihan akan saya kemaskini dari semasa ke semasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...