Amali Menservis Kipas Pengudaraan (Ventilation Fan)

Kipas pengudaraan memainkan peranan yang penting dalam kitaran pengudaraan dan penyejukan rumah. Fungsi kipas pengudaraan ialah :

  • Menyahkan bau dari dalam rumah seterusnya meningkatkan kualiti udara di dalam rumah.
  • Mengurang / mengelak lembapan yang boleh merosakkan peralatan dalam rumah melalui pertumbuhan kulat.
  • Mengeluarkan haba panas yang dihasilkan oleh peralatan elektrik atau haba panas dari sinaran cahaya matahari yang terperangkap di dalam rumah.
  • Menyedut udara panas dan bau dari masakan keluar rumah.

Terdapat 3 jenis pemasangan kipas pengudaraan:

  1. Pemasangan di dinding (Wall mount)
  2. Pemasangan di tingkap (Window mount)
  3. Pemasangan di siling (Celling mount)
product_27_1-horz
Jenis – Jenis pemasangan kipas pengudaraan.

Aktiviti memasang, menservis dan membaikpulih kipas pengudaraan adalah sebahagian dari competency unit bagi kursus HVAC Level 2. Dalam amali ini, pelajar melakukan aktiviti menservis kipas pengudaraan yang telah dipasang pada siling.

Spesifikasi Kipas Pengudaraan :

  • Jenama /Model : KDK/25TGQ7
  • Saiz : 10 in / 25cm
  • Kuasa : 29Watt

Langkah – Langkah Menservis:

  • OFF bekalan kuasa ke kipas pengudaraan.
  • Tarik louver dan tahan untuk membuka skru yang terdapat di setiap penjuru kipas pengudaraan.
  • Tanggalkan wayar bekalan kuasa pada kipas pengudaraan dan turunkan keseluruhan unit untuk diservis.
  • Buka louver dengan menekan kekunci spring di kedua – dua belah louver.
  • Tanggalkan bilah kipas dengan memusingkan spinner mengikut arah yang sesuai.
  • Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
  • Bersihkan semua komponen yang telah ditanggalkan dengan air kecuali motor dan wayar bekalan kuasa.
  • Keringkan setiap komponen dengan kain yang bersih.
  • Pasang semula komponen tersebut mengikut aturan.

Penerangan bergambar :

buka skru
Membuka 4 skru di pepenjuru kipas pengudaraan.
buka penutup hadapan
Menanggal louver dari rangka badan kipas dengan menekan tempat kekunci spring.
buka bilah kipas
Memusingkan spinner untuk mengeluarkan bilah kipas.
buka motor
Mengeluarkan motor kipas dari rangka badan (frame body).
page
Membersih & mencuci setiap komponen kipas pengudaraan.
bahagian2 kipas
Bahagian – Bahagian Kipas Pengudaraan. 1) Rangka Badan Kipas 2) Bilah Kipas 3) Motor dan Wayar bekalan Kuasa 4) Louver

Menservis Unit Pisah Jenis Siling.

Sekitar aktiviti menservis unit pisah jenis siling yang dilakukan oleh pelajar 2PAV. Antara kerja yang dilakukan dalam aktiviti ini ialah:

  • Membersih dan mencuci penapis udara.
  • Membersih blower unit dalam.
  • Mencuci pemeluwap dan penyejat menggunakan chemical.
  • Membuat pump down untuk menurunkan unit.
  • Memeriksa dan menambah bahan pendingin.
  • Mendapatkan bacaan arus dan suhu unit.

 Berikut sebahagian aktiviti dan penerangan bergambar:

habuk pada penapis udara
Penapis Udara yang dipenuhi habuk.

 

unit(sebelum servis)
Keadaan unit dalam sebelum diservis.

 

Keadaan selongsong blower & penyejat yang kotor.

 

bersih penapis udara
Membersih penapis udara dengan air.
bersih blower
Mencuci blower dengan air.
???????????????????????????????
Menyembur penyejat dengan bahan kimia.
Keadaan unit dalam selepas dibersih.

 

Menyembur sirip pemeluwap dengan bahan kimia.

water pump outdoor
Mencuci pemeluwap dengan water jet.

Untuk gambar pelajar bagi aktiviti ini rujuk ALBUM 2.

C02 : Amali Pengendalian Bahan Pendingin

Berikut 3 contoh amali yang dibangunkan berdasarkan kertas kerja ME-020-2:2012/C02/K (1/3). Pelajar boleh mendapatkan panduan di sini dan membuat amali dengan bimbingan guru.

Amali 1 : Membuat Proses Pump Down Pada Unit Pisah.

Pengenalan : 

Pump Down ialah satu proses menyimpan bahan pendingin ke dalam pemampat menggunakan tolok pancarongga. Proses Pump Down ini di lakukan apabila unit perlu di baikpulih seperti penukaran penyejat dan juga unit dipasang di tempat baru. Pump Down juga dapat menjimatkan penggunaan bahan pendingin dan  mengurangkan kesan rumah hijau apabila gas bahan pendingin CFC dibebaskan ke udara secara berlebihan.

Gambarajah :

pump down

Persediaan Alat :

  • Tolok Pancarongga
  •  Allen Key
  • Sepanar Boleh Laras
  • Unit Pisah 

Langkah – Langkah Persediaan Keselamatan : 

  • Periksa  peralatan yang akan digunakan sebelum amali.
  • Pstikan anda telah memahami istilah dan prosedur kerja sebelum memulakan kerja.
  • Tidak bemain dan bergurau semasa membuat kerja.
  • Simpan semula peralatan ditempat asal selepas siap membuat amali. 

Prosedur Kerja :           

  • Sambung hos tekanan rendah tolok pada injap servis. Pastikan kedua – dua injap tolok di tutup semasa proses ini.
  • Tanggalkan kedua – dua caps.
  • ON kan unit dan tunggu sehingga kipas luar berpusing.
  • Selepas beberapa ketika, ambil allen key dan tutup injap saluran nyahcas. Bacaan gas akan berkurangan.
  • Apabila jarum menunjukkan bacaan 0 psi, tutup injap saluran sedutan pula.
  • OFF kan unit.
  • Pasang semula kedua – dua caps.
  • Tanggalkan hos tekanan rendah dari injap servis.

Catatan : 

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Amali 2 : Menguji Motor Pemampat Peti Sejuk.

Pengenalan :

Pemampat adalah jantung dalam mana – mana sistem penyejukan. Jika pemampat rosak maka sistem tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini menyebabkan barang atau makanan dalam peti sejuk tidak dapat disejukkan seperti biasa. Dalam amali ini, ujian akan dilakukan ke atas motor pemampat sama ada motor pemampat berfungsi dengan baik atau tidak.

Gambarajah :

menguji motor pemampat

Persediaan Alat :

  • Meter Pelbagai
  • Pemampat Peti Sejuk 

Langkah – Langkah Persediaan Keselamatan : 

  • Sebelum melakukan ujian ini, pastikan bekalan kuasa telah  di OFF kan dan keluarkan palam 3 pin dari soket.
  • Tidak bemain dan bergurau semasa membuat kerja.
  • Simpan semula peralatan ditempat asal selepas siap membuat amali.

Prosedur Kerja :           

  • Tanggalkan semua pendawaian motor pemampat.
  • Laraskan suis pilihan meter pelbagai kepada julat X1 ?.
  • Sentuh kedua-dua probe dan pastikan jarum meter pelbagai bergerak.
  • Sentuh probe merah ke hujung terminal A dan probe hitam ke hujung terrminal B. Catat bacaan rintangan.
  • Ulang langkah (d) untuk terminal A-C dan B-C. Catat bacaan rintangan setiap terminal.
  • Laraskan suis pilihan meter pelbagai ke OFF.
  • Catat bacaan rintangan dalam ruangan keputusan di bawah.

Keputusan : 

keputusan rintangan

Catatan :

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Amali 3 : Membuat senarai semak kerja penyelenggaraan.

Pengenalan :

Senarai semak atau rekod pengendalian bahan pendingin hendaklah di catat semasa membuat kerja menyelenggara dan membaipulih sistem. Mengikut Akta Alam Sekitar, rekod ini hendaklah disimpan dan diselia sekurang – kurangnya 3 tahun. Dalam amali ini, pelajar membuat latihan membuat rekod ke atas unit pisah berdasarkan borang yang disedikan.

Persediaan Alat :

  •  Alat Tulis.
  • Pensil Warna.

Arahan : 

  • Lengkapkan maklumat dalam Borang A seperti dalam contoh yang diberi. 
Borang A
Borang A

Catatan :

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Untuk mendapatkan semua latihan amali ini dalam format boleh edit boleh ke ruangan muaturun.

Latihan Peralatan Ujian

  • Kertas Kerja : ME-020-2:2012/C01/K (1/4)
  • Kertas Penerangan : ME-020-2:2012/C01/P (1/4)
  • CO1 : Penilaian Risiko Dan Bahaya

Arahan : Buat ujian berikut dan catatkan keputusan dalam ruangan yang di sediakan.

1) Meter Pelbagai

Ujian

  • Menguji voltan AU (soket)
  • Menguji voltan AT (bateri)
  • Menguji rintangan

Keputusan : Nilai voltan & rintangan

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 12/17

2) Pena Ujian

Ujian : Menguji kehadiran arus pada soket/plug

Keputusan : LED menyala/tidak

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 13/17

3) Meter Kapit (Amprobe)

Ujian : Menguji arus larian unit pisah

Keputusan : Nilai Arus

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 14/17

4) Capacitor Tester

Ujian : Menguji pemuat kipas/pemampat

Keputusan : Nilai Mikrofarad

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 14/17

5) Meter Megger

Ujian : Mengukur tebatan pemampat

Keputusan : Nilai tebatan (MOhm)

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 15/17

Untuk mendapatkan latihan amali ini dalam format boleh edit boleh ke ruangan muaturun.

Amali Kerja Menggegas

  • Kertas Kerja : ME-020-2:2012/C01/K (1/4)
  • Kertas Penerangan : ME-020-2:2012/C01/P (1/4)
  • CO1 : Penilaian Risiko Dan Bahaya

Pengenalan

Objektif projek menggegas dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel,seperti kikir, gergaji besi, mesin gerudi, alat pengukur, dan sebagainya. Sebagai contoh,pelajar didedahkan teknik-teknik menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga di disiplinkan agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam bengkel.

Rajah Projek

rajah projek

Peralatan & Mesin Yang Digunakan

  • Pembaris
  • Penggarit
  • Penebuk Pusat
  • Sesiku L
  • Ragum Meja
  • Pahat Logam
  • Kikir
  • Gergaji Besi
  • Mesin Gerudi

 Langkah – Langkah Keselamatan 

  • Periksa peralatan keselamatan yang ada di dalam bengkel.
  • Periksa persekitaran bengkel termasuk pintu, tingkap ,bumbung dan kelengkapan lain.
  • Buat satu senarai semak audit keselamatan dalam bengkel.
  • Pastikan langkah keselamatan haruslah diutamakan sebelum, sedang dan selepas selesai kerja dilakukan.

 Langkah – Langkah Kerja

1)       Memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yang telah ditetapkan menggunakan gergaji besi. 

1

2)       Membuat ukuran pada benda kerja menggunakan pembaris keluli, sesiku L, dan penggarit.  

2

3)       Membuat lubang kecil pada bahagian A benda kerja dengan menggunakan penebuk pusat sebelum digerudi.  

3

4)      Memotong sisi bahagian A dengan menggunakan gergaji besi. 

4

5)       Bahagian A yang digerudi di buang dengan menggunakan pahat logam. 

5

6)      Bahagian X dikikir menggunakan kikir untuk menipis dan melicinkan permukaannya.

6

 7)       Titik 5 dilubangkan menggunakan mata gerudi bersaiz 8mm. 

7

8)      Bahagian Y dikikir untuk mendapatkan lengkung.

8

Untuk mendapatkan latihan amali ini dalam format boleh edit boleh ke ruangan muaturun.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...