Garis Panduan Penyediaan Portfolio Pengajar & Pelajar

Garis Panduan Penyediaan Portfolio Pengajar & Pelajar ini diterbitkan oleh Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA. Ia digunakan dalam Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional BKT, MARA sahaja.

Muaturun Garis Panduan Penyediaan Portfolio Pengajar & Pelajar.

cover_buku_panduan_portfolio
Garis Panduan Penyediaan Portfolio Pengajar & Pelajar

Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Dan Penilaian.

Panduan Pengajaran Bertulis (WIM)Panduan ini bertujuan memberi penerangan mengenai tatacara pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials – WIM) berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS). Panduan in diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Objektif panduan ini adalah untuk:

  • Memandu arah personel pusat bertauliah dalam membangunkan WIM.
  • Memastikan WIM yang dibangunkan memenuhi keperluan NOSS.

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)

WIM ialah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar dan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan WIM adalah untuk:

  • Menjadi bahan pembelajaran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan learning outcome di dalam unit kompetensi (competency unit – CU) yang ditetapkan tercapai.
  • Membantu pengajar membina keyakinan diri dan bersedia untuk melaksanakan sesi pengajaran.

Penilaian Melalui Kaedah Sistem Pentauliahan.

Penilaian adalah satu proses menilai tahap kekompetenan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap seseorang pelatih semasa melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Penilaian perlu dilaksanakan untuk menentukan seorang pelatih telah mencapai tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi tujuan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia/Penyata Pencapaian. Terdapat lima (5) kaedah penilaian yang dilaksanakan, iaitu:

  • Kerja Kursus.
  • Penilaian Akhir.
  • Core Abilities.
  • Latihan Industri – Bagi program Tahap 4 & 5 sahaja.
  • Projek Akhir – Bagi program Tahap 4 & 5 sahaja.

Untuk muaturun panduan ini KLIK SINI

Panduan Prosedur Kerja Selamat Bagi Kerja – Kerja Elektrik

Buku panduan terbitan Suruhanjaya Tenaga ini adalah satu panduan khusus untuk Penjaga Jentera Elektrik dan juga sebagai rujukan untuk semua orang yang melaksanakan kerja – kerja yang melibatkan kendalian dan senggaraan pepasangan elektrik. Panduan ini selaras dengan kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan – Peraturan Elektrik 1994 dan pekeliling – pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Ia menggariskan peranan dan tanggungjawab serta prosedur kerja selamat yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan kerja – kerja elektrik.

buku panduan
Panduan Prosedur Kerja Selamat Bagi Kerja – Kerja Elektrik

 

Isi Kandungan
Isi Kandungan

Isi kandungan panduan ini merangkumi tugas dan tanggungjawab Orang Kompeten, kawal selia pepasangan elektrik, prosedur kerja selamat, senggaraan, pengujian dan penentukuran pepasangan elektrik. Panduan ini boleh didapati di mana – mana Pejabat Suruhanjaya Tenaga pada harga RM10.

Pejabat Suruhanjaya Tenaga 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...