Air-Conditioner Training Unit.

Training unit ini digunakan untuk latihan pemasangan unit pisah di bengkel, pembelajaran prosedur – prosedur utama seperti vacum, charging, pump down dan unit testing. Ia juga dapat digunakan untuk demonstrasi servis. Catatan ini bertujuan untuk berkongsi cara membuat, senarai bahan dan ukuran yang diperlukan untuk menyiapkan projek ini. Secara asasnya training unit menggunakan idea asal dari group fb seperti rajah dibawah:

Senarai Bahan

  • Roda (8.5cm x 10cm)
  • Plywood (8f x 4ft) , Tebal  1cm
  • Slotted Angle (1.5 in x 1.5 in)
  • Bolt & Nut

Peralatan Tangan & Mesin

  • Mesin Pemotong Besi
  • Mesin Grinder
  • Pembaris Besi
  • Pita Pengukur
  • Scriber
  • Sepanar boleh laras
  • Jigsaw
  • Mesin Gerudi
  • Water Level
training unit 1
Training Unit 1 (contoh)
rajah training unit 2
Training Unit 2 (contoh 2)
ukuran training unit
Ukuran untuk contoh 2
Slotted Angle
Slotted Angle
tapak troli
Tapak Troli
unit hampir siap
Unit hampir siap

Bagi pembaca yang ingin mendapatkan rajah dan ukuran bagi projek ini boleh download melalui link dibawah:

[PDF] ukuran training unit

[WORD] ukuran training unit

Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2015.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Kerja Raya (KKR) mempelawa belia dan pelajar untuk menyertai Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2015 ke -24. Belia paling cemerlang dalam pertandingan ini akan meraih Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2015 dan berpeluang menyertai ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC).

Iklan Pertandingan (Klik gambar untuk lebih jelas)

iklan wsmb 2015

Syarat – syarat pertandingan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada pelatih atau pekerja mahir.
  • Berumur 21 tahun ke bawah kecuali bidang Mekatronik & Information Network Cabling berumur 23 tahun ke bawah.
  • Setiap peserta layak memohon satu bidang sahaja.

Borang pertandingan (isi online): https://sisma.ddns.net/regman/events/616/registration/step/1

Maklumat lanjut: https://www.skillsmalaysia.gov.my/

Tarikh tutup permohonan : 5 Februari 2015

Menservis Unit Pisah Jenis Siling.

Sekitar aktiviti menservis unit pisah jenis siling yang dilakukan oleh pelajar 2PAV. Antara kerja yang dilakukan dalam aktiviti ini ialah:

  • Membersih dan mencuci penapis udara.
  • Membersih blower unit dalam.
  • Mencuci pemeluwap dan penyejat menggunakan chemical.
  • Membuat pump down untuk menurunkan unit.
  • Memeriksa dan menambah bahan pendingin.
  • Mendapatkan bacaan arus dan suhu unit.

 Berikut sebahagian aktiviti dan penerangan bergambar:

habuk pada penapis udara
Penapis Udara yang dipenuhi habuk.

 

unit(sebelum servis)
Keadaan unit dalam sebelum diservis.

 

Keadaan selongsong blower & penyejat yang kotor.

 

bersih penapis udara
Membersih penapis udara dengan air.
bersih blower
Mencuci blower dengan air.
???????????????????????????????
Menyembur penyejat dengan bahan kimia.
Keadaan unit dalam selepas dibersih.

 

Menyembur sirip pemeluwap dengan bahan kimia.

water pump outdoor
Mencuci pemeluwap dengan water jet.

Untuk gambar pelajar bagi aktiviti ini rujuk ALBUM 2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...