Cabin Filter

Apakah yang dimaksudkan dengan Cabin Filter? Soalan ini pasti berlegar-legar difikiran anda jika pertama kali mendengarnya ataupun mungkin anda sudah mengenalinya cuma berbeza nama.

Cabin Filter atau Aircond Filter adalah penapis udara yang diletakkan dalam ruang kabin sesebuah kereta. Biasanya ia berada di dalam dashboard penumpang hadapan. Bukan semua kenderaan telah dilengkapi dengan Cabin Filter walaupun telah terdapat slot atau ruang untuk menyimpannya. Ini mungkin atas faktor kos yang cuba untuk diminimakan oleh pengeluar kereta.

Adakah sesebuah kenderaan memerlukan Cabin Filter?

Bagi menjawab soalan ini saya akan menceritakan kelebihan Cabin Filter dan anda tentukannya!!

Cabin Filter dapat menapis udara dalam sesebuah kenderaan daripada masuk ke salah satu komponen utama sistem penyaman  udara kenderaan iaitu penyejat atau cooling coil. Di sini Cabin Filter  akan menapis kotoran, debu malah nyamuk sekalipun daripada memasuki ruangan  seterusnya. Lihat pada rajah di bawah. Apabila Cabin Filter dipasang udara akan ditapis dahulu dan ini menjadikan blower dan penyejat lebih bersih. Dalam erti kata lain jangka hayat penyejat dapat dipanjangkan dan menjimatkan kos servis.

Gambar di bawah menunjukkan contoh Cabin Filter bagi beberapa model kenderaan . Pada asasnya Cabin Filter hanya berbeza dari segi saiz bagi mengisi slot yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta. Namun terdapat 2 jenis Cabin Filter dipasaran ketika ini iaitu jenis poly dan jenis paper. Dengan mengambil kira jangka hayat dan kaedah servis yang lebih simple saya lebih suka menggunakan jenis paper.

Jenis-jenis Cabin Filter iaitu jenis poly dan jenis paper.

Adakah pemasangan  Cabin Filter akan mengganggu wind power dalam kenderaan anda?. Sebagai contoh anda telah tetapkan blower speed kepada 3. Dengan penambahan Cabin Filter anda risau wind power berkurangan. Saya ada menerima soalan seperti ini memandangkan lokasi Cabin Filter itu sendiri seolah – olah menutup laluan angin. Di sini saya ingin menegaskan bahawa anda telah tersalah faham. Cabin Filter menapis udara dari dalam kenderaan anda untuk proses penyejatan iaitu evaporation process. Proses ini dilakukan oleh penyejat atau dikenali juga sebagai cooling coil/evaporator.

Semasa  proses ini udara yang bersuhu lebih tinggi dalam kenderaan anda akan diserap dan selepas melalui satu kitar penyejukan yang lengkap udara yang lebih sejuk akan dihembus keluar melalui saluran angin kenderaan anda. Bukan itu sahaja……udara ini  juga lebih bersih dan segar kerana telah ditapis oleh Cabin Filter.

Sebagai kesimpulan wind power yang menjadi kegusaran anda sebelum ini hanya bergantung kepada blower speed yang anda tetapkan. Sudah tentu udara sejuk yang anda rasakan dari saluran angin lebih perlahan jika anda tetapkan blower speed kepada 1 berbanding 4.

 

Bagaimana perbezaan selepas 3 – 4 minggu menggunakan Cabin Filter?.

Jelas pada gambar menunjukkan terdapat kotoran yang melekat pada Cabin Filter. Warna Cabin Filter telah berubah daripada putih ke hitam-hitaman. Beginilah hakikat sebenar udara dalam kenderaan anda!!!

Pemasangan Cabin Filter.

Cara pemasangan bagi semua kenderaan hampir sama . Apa yang penting kenalpasti dahulu lokasi Cabin Filter anda dan biasanya anda dapat lihat ruang untuk Cabin Filter selepas membuka bahagian penyimpanan barang/glove box penumpang hadapan. Lihat penerangan di bawah.

a) Buka glove box dan tolak ke dalam kedua-dua hujung untuk mengeluarkan sepenuhnya glove box tersebut.

 

b) Selepas itu anda akan dapat melihat ruang untuk pemasangan Cabin Filter seperti rajah di bawah.

c) Potong bahagian segiempat tepat (sepanjang jalur kuning) dengan pisau. Perlukan sedikit kesabaran untuk proses ini.

d) Masukkan Cabin Filter ke dalam slot yang telah anda buat sepenuhnya.

e) Tutup semula ruang yang telah anda potong tadi dengan bracket yang disediakan.

Demikianlah panduan mudah memasang Cabin Filter bagi model VIVA. Langkah yang hampir sama bagi kebanyakan kenderaan juga. Anda boleh dapatkan pdf file bagi model-model ini. [MYVI, VIOS, SAGA BLM, HONDA CITY, KENARI/KELISA].

Cara servis Cabin Filter.

Bagi menjamin jangka hayat yang lebih panjang anda bolehlah melakukan servis sendiri ke atas Cabin Filter anda. Selepas 3 – 4 minggu anda bolehlah keluarkan semula Cabin Filter tersebut dan bersihkan/buangkan habuk-habuk yang melekat menggunakan berus lembut. Dengan cara ini anda dapat gunakan Cabin Filter tersebut sehingga 8 – 10 bulan!!. Malah anda juga telah dapat mengurangkan kemungkinan kerosakan dan kos servis cooling coil yang mencecah ratusan ringgit berbanding harga Cabin Filter yang saya tawarkan!!!

Ikuti perkembangan selanjutnya di laman sosial Facebook.

Harga: (termasuk bracket dan kos penghantaran)

  • Viva = RM31
  • MYvi = RM34
  • SAGA BLM = RM36

Pembelian: KLIK SINI

Pertanyaan: 019-9472321 (NAS)