Apakah maksud NOSS?

NOSS

NOSS adalah singkatan kepada National Occupational Skills Standard atau dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK).

NOSS merupakan dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri – ciri NOSS

  • Berasaskan keperluan pekerjaan.
  • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • Dibangunkan oleh pakar industri dan perkerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

NOSS ini sentiasa dikemaskini oleh JPK mengikut keperluan semasa. NOSS terkini (30 Disember 2013) boleh di download di ruangan muaturun atau terus dari laman web JPK.

Kemaskini :

Permohonan SKM 2 & 3

Perkongsian langkah – langkah mendapatkan SKM 2 & 3 melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

1) Permohonan SKM secara PPT.

  • Mengunakan borang JPK/PPT/1001(P2) dah dihantar ke JPK Cyberjaya setelah lengkap.
  • Antara dokumen yang perlu disertakan dan disahkan ialah salinan kad pengenalan dan pengesahan pengalaman kerja.
  • Bayaran adalah RM300 untuk satu tahap.
borang permohonan
Borang Permohonan SKM JPK/PPT/1001(P2)

2) Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia.

  • Kursus ini perlulah dihadiri oleh semua calon sebagai pengenalan tentang SKM dan fungsi Jabatan Pembangunan Kemahiran.
  • Kursus ini banyak dianjurkan oleh sektor swasta dengan bayaran tertentu.
  • Saya telah menghadiri kursus ini pada 22 & 23 Ogos 2013 anjuran BPTV dan telah lulus.
induksi skm
Contoh Sijil Induksi Pentauliahan SKM
gambar induksi SKM
Kursus Induksi Pentauliahan SKM di Grand Continental, Kuala Terengganu

3) Surat Penugasan.

  • Selepas lulus kursus induksi, calon perlulah menunggu surat penugasan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada calon.
  • Surat ini mengandungi arahan untuk membangunkan portfolio, no pendaftaran dan tempoh penilaian bagi permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Surat ini juga mengandungi maklumat pegawai penilai (PP) bagi calon tersebut.
  • Tempoh penilaian saya ialah 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014 iaitu2 bulan. Dalam tempoh ini calon perlu membangunkan dan menyiapkan portfolio mengikut panduan yang diberi pegawai penilai (PP).
surat-penugasan
Surat Penugasan

4)Persediaan Fail & Borang – Borang Yang Berkaitan.

  • Fail yang digunakan adalah kulit putih bersaiz 2 inci. Saya menyediakan 2 fail iaitu Tahap 2 dan Tahap 3.
Contoh Fail Portfolio Calon SKM
Contoh Fail Portfolio Calon SKM
  • Isi kandungan fail adalah seperti dalam rajah di bawah.

Isi Kandungan Fail

  • Menyediakan fotostat sijil – sijil yang berkaitan dalam bidang yang di mohon. Salinan ini perlu dibuat nombor pada bahagian atas sebelah kanan.
sijil
Contoh Sijil – Sijil Yang Berkaitan
  • Membuat senarai tugas guru/tugas penyeliaan bengkel, Carta Organisasi Bengkel & Carta Organisasi Pusat Bertauliah (jika telah mendapat status pusat bertauliah).
  • Melengkapkan borang – borang yang berkaitan iaitu JPK/PPT/1002, JPK/PPT/1002A, JPK/PPT/1002C dan JPK/PPT/1003A. Borang JPK/PPT/1003A ini hendaklah dicetak menggunakan kertas pink dalam 3 salinan.

5) Pengesahan Pegawai Penilai Luar (PPL).

  • Pegawai penilai luar akan melawat tempat kerja calon untuk pengesahan bidang tugas. Dalam kes saya PP dan PPL hanya melihat fail portfolio sahaja.
  • Saya telah mendapat ulasan seperti berikut oleh PPL dan telah menerima sijil SKM.
SKM 2
Ulasan SKM 2
SKM 3
Ulasan SKM 3
sijil skm 3
Sijil SKM 3

6) Senarai softcopy berkaitan Permohonan SKM.

Jika ada masalah pada pautan muaturun di atas, pembaca boleh muaturun semua bahan melalui pautan ini: Portfolio SKM 2 & 3

7) Kemaskini (21/2/2016)

Oleh kerana ada yang bertanya lebih details berkaitan permohonan ini, maka pembaca boleh rujuk Presentation_Umum_PPT_-_Calon-latest yang di disediakan oleh pihak Jabatan Pembangunan  Kemahiran.

arrow

Klik SINI

 

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)

Bahan Pengajaran Bertulis atau Written Instructional Material  adalah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

wim
Written Instructional Material

WIM mengandungi 3 jenis kertas iaitu :

  • Kertas Penerangan – Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.
  • Kertas Kerja – Helaian kerja yang menunjukkan arahan langkah demi langkah yang digunakan untuk membimbing dan memandu pelatih menguasai kemahiran yang ditetapkan.
  • Kertas Tugasan – Helaian tugasan yang mengandungi soalan – soalan latihan untuk pelatih merangsang, menguji kefahaman dan mengaplikasikan pengetahuan berdasarkan prinsip – prinsip teori yang telah dipelajari.

Latihan Peralatan Ujian

  • Kertas Kerja : ME-020-2:2012/C01/K (1/4)
  • Kertas Penerangan : ME-020-2:2012/C01/P (1/4)
  • CO1 : Penilaian Risiko Dan Bahaya

Arahan : Buat ujian berikut dan catatkan keputusan dalam ruangan yang di sediakan.

1) Meter Pelbagai

Ujian

  • Menguji voltan AU (soket)
  • Menguji voltan AT (bateri)
  • Menguji rintangan

Keputusan : Nilai voltan & rintangan

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 12/17

2) Pena Ujian

Ujian : Menguji kehadiran arus pada soket/plug

Keputusan : LED menyala/tidak

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 13/17

3) Meter Kapit (Amprobe)

Ujian : Menguji arus larian unit pisah

Keputusan : Nilai Arus

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 14/17

4) Capacitor Tester

Ujian : Menguji pemuat kipas/pemampat

Keputusan : Nilai Mikrofarad

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 14/17

5) Meter Megger

Ujian : Mengukur tebatan pemampat

Keputusan : Nilai tebatan (MOhm)

Rujukan : ME-020-2 : 2012/C01/K (1/4) m/s 15/17

Untuk mendapatkan latihan amali ini dalam format boleh edit boleh ke ruangan muaturun.

Amali Kerja Menggegas

  • Kertas Kerja : ME-020-2:2012/C01/K (1/4)
  • Kertas Penerangan : ME-020-2:2012/C01/P (1/4)
  • CO1 : Penilaian Risiko Dan Bahaya

Pengenalan

Objektif projek menggegas dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada pelajar teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel,seperti kikir, gergaji besi, mesin gerudi, alat pengukur, dan sebagainya. Sebagai contoh,pelajar didedahkan teknik-teknik menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping mematuhi peraturan keselamatan. Selain itu, pelajar juga di disiplinkan agar sentiasa mematuhi segala peraturan yang ada di dalam bengkel.

Rajah Projek

rajah projek

Peralatan & Mesin Yang Digunakan

  • Pembaris
  • Penggarit
  • Penebuk Pusat
  • Sesiku L
  • Ragum Meja
  • Pahat Logam
  • Kikir
  • Gergaji Besi
  • Mesin Gerudi

 Langkah – Langkah Keselamatan 

  • Periksa peralatan keselamatan yang ada di dalam bengkel.
  • Periksa persekitaran bengkel termasuk pintu, tingkap ,bumbung dan kelengkapan lain.
  • Buat satu senarai semak audit keselamatan dalam bengkel.
  • Pastikan langkah keselamatan haruslah diutamakan sebelum, sedang dan selepas selesai kerja dilakukan.

 Langkah – Langkah Kerja

1)       Memotong kepingan logam yang panjang kepada ukuran yang telah ditetapkan menggunakan gergaji besi. 

1

2)       Membuat ukuran pada benda kerja menggunakan pembaris keluli, sesiku L, dan penggarit.  

2

3)       Membuat lubang kecil pada bahagian A benda kerja dengan menggunakan penebuk pusat sebelum digerudi.  

3

4)      Memotong sisi bahagian A dengan menggunakan gergaji besi. 

4

5)       Bahagian A yang digerudi di buang dengan menggunakan pahat logam. 

5

6)      Bahagian X dikikir menggunakan kikir untuk menipis dan melicinkan permukaannya.

6

 7)       Titik 5 dilubangkan menggunakan mata gerudi bersaiz 8mm. 

7

8)      Bahagian Y dikikir untuk mendapatkan lengkung.

8

Untuk mendapatkan latihan amali ini dalam format boleh edit boleh ke ruangan muaturun.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...