5 Perkara Apabila Aircond Tidak Sejuk.

Antara masalah yang kerap di ajukan kepada saya ialah aircond tidak sejuk. Ia adalah perkara yang mustahak untuk anda tahu punca kepada masalah ini. Selain ketidakselesaan kepada anda sendiri, ia juga petanda awal untuk mengenalpasti kerosakan supaya kerosakan major tidak berlaku. 5 perkara berikut merupakan senarai semak yang dapat membantu anda mengenalpasti punca aircond tidak sejuk dan tindakan yang boleh anda lakukan sendiri sebelum memanggil juruteknik.

1. Adakah penapis udara telah dibersihkan?

Perkara paling asas yang patut anda tahu dan boleh dilakukan sendiri. Jika anda menggunakan aircond setiap hari 6 jam – 8 jam anda akan dapati penapis udara akan kotor hanya selepas 2 minggu!!. Oleh itu bersihkan penapis udara setiap 2 minggu atau paling lama sebulan sekali. Anda boleh lihat sendiri habuk, debu dan kotoran melekat pada penapis udara. Semua kotoran ini menghalang penyerapan haba dalam bilik menyebabkan anda berasa kurang sejuk.

1. membersih penapis udara

Oh ya, dengan perkembangan teknologi banyak perkara telah dipermudahkan. Model – model baru ada yang telah dilengkapkan dengan mode auto clean, AC ROBOT dan sebagainya. Oleh itu sila rujuk pada manual pengguna anda. Perkara asas seperti mencuci penapis udara pasti ada diterangkan jika ia menggunakan remote ataupun membersihnya secara manual.

Jika anda perlukan penerangan bergambar yang lebih jelas boleh rujuk ebook saya bertajuk :

>>>panduan-kelengkapan-menservis-unit-penyaman-udara-domesik<<<

2. Adakah pintu & tingkap telah ditutup?

2. tutup pintu tingkap

Perkara mudah tetapi memberi kesan yang besar kepada kitaran penyejukan. Pastikan semua punca haba ini ditutup kerana konsep pendinginan adalah memindahkan haba dari satu ruang tertutup ke luar.  Jika pintu atau tingkap dibuka maka kadar pendinginan telah kurang kesan pertambahan haba dari punca tersebut. Begitulah juga halnya dengan pintu yang kerap dibuka di mana suhu yang di ‘set’kan sukar dicapai dan kita mulalah berasa tidak selesa. Oleh itu ambil tindakan mudah ini dan laksanakan segera apabila menggunakan aircond.

3. Adakah pilihan mode pada remote betul?

Ya!! pilihan mode pada remote mestilah betul. Mungkin anda berasa ini tidak patut berlaku tetapi ada yang keliru dengan penggunaan mode pada remote control. Untuk mendapat pendinginan pilih mode cool dengan simbol seperti di bawah. Laraskan kelajuan blower (simbol kipas) secara manual dan pilihlah kelajuan yang diingini.

3. pilihan mode remote

4. Adakah suhu telah di ‘set’ dengan betul?

Ini juga perkara yang perlu di ambil kira. Berapa suhu yang biasa anda ‘set’kan? Jika dulu – dulu suhu 25ºC dianggap selesa tetapi hari ini dengan suhu luaran boleh mencapai 42ºC ia tidak lagi ideal. Anda bolehlah turunkan kepada 20ºC. Ya mungkin anda risau dengan kenaikan bil kerana compressor akan bekerja non stop, tetapi itulah hakikatnya demi keselesaan anda. Anda boleh dapatkan rahsia jimat elekrik dalam catatan lepas saya jika serius dengan isu kenaikan bil ini. Ia pasti sedikit sebanyak membantu anda!!

4. set suhu remote

Ada pertanyaan kepada saya ialah pada waktu malam, mula – mula sejuk tetapi selepas satu ketika (2 pagi – 3 pagi) dah rasa kurang selesa kerana outdoor off dan hanya angin dalam saja terasa. Untuk pengetahuan anda, sesetengah model telah di ‘set’ secara automatik di mana suhu akan naik 1ºC ke 1ºC apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Pilihan ini sebenarnya memberi penjimatan di mana compressor akan off secara auto. Contoh anda set suhu 26ºC dan bila telah mencapai suhu tersebut compressor akan off dan lama kelamaan anda pula berasa tidak selesa. Dalam situasi sekarang (musim panas), waktu malam belum tentu dapat 25ºC , oleh itu rendahkan lagi suhu kepada 22ºC atau 23ºC. Walaupun suhu naik dan cut off pada 23ºC ada masih berasa selesa kerana masih sejuk.

5. Adakah unit telah dibuat penyelenggaran berkala?

5.penyelenggaraan berkala

Ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Ada kes di mana selama 3 tahun unit tidak pernah di servis dengan alasan masih sejuk. Ya, memang sejuk tetapi sebenarnya unit tersebut bekerja keras untuk mendinginkan bilik anda sehingga menjadi beban kepada komponen tertentu dan bila unit bekerja lebih bermaksud lebih penggunaan elekrik. Secara tidak langsung bil anda akan meningkat dan ketahanan unit berkurangan.

>>> 7 sebab mengapa penyaman udara perlu di servis<<<

Unit perlu diselenggara oleh juruteknik bertauliah sekurang – kurangnya setahun sekali atau jika digunakan dengan sangat kerap bolehlah di servis seawal 8 bulan. Apakah maksud servis atau selenggara ini? Ia merupakan satu prosedur di mana unit di tanggalkan dan dibersihkan menggunakan bahan kimia. Kemudian dipasang semula dan dilakukan ujilari pada sistem. Untuk mendapatkan gambaran lengkap prosedur boleh rujuk catatan lepas saya.

Begitulah 5 langkah awal yang perlu anda tahu apabila aircond tidak sejuk. 4 tindakan di atas boleh anda lakukan sendiri manakala tindakan kelima anda perlu memanggil juruteknik bertauliah. Jika semua perkara ini telah diambil kira dan anda masih berasa kurang sejuk maka faktor kapasiti pendinginan perlu diberi perhatian. Faktor ini berkait dengan beban tambahan dalam bilik selepas beberapa tahun anda menggunakannya. Memang betul saiz bilik tidak berubah tetapi pembolehubah lain juga mempengaruhi kapasiti pendinginan seperti bilangan orang, peralatan elekrik dalam bilik, komputer dan sebagainya. Dan jika dilihat situasi sekarang sememangnya panas dan memerlukan kapasiti pendinginan yan lebih tinggi untuk mendinginkan bilik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

96 comments on “5 Perkara Apabila Aircond Tidak Sejuk.

  1. Saya nak tanya,apa sebab indoor unit/blower sebelah Kiri tidak sejuk/tidak ada angin .sebelah kanan sejuk pula ada angin .ada kah cooling coil sumbat ? Midea inverter 1hp

  2. Saya nak tanya,apa sebab indoor unit/blower sebelah Kiri tidak sejuk/tidak ada angin .sebelah kanan sejuk pula ada angin .ada kah cooling coil sumbat ?

  3. filter aircond setiap 2mggu sya bersihkan . habuk tak brapa byak. tapi function tak macam dlu lagi?
    Apa puncanya itu tuan?

  4. Salam tuan,
    sya pkai Aircond Panasonic 1.5hp non-inverter psang dekat bilik master room
    nak tya awal beli dlu bila on suhu set kan Cool 22-23°c pun sejukk yg sangat sedap cm 18°c. tapi slepas 3bulan pakai . Apasal aircond dah tak sejuk? kena set 20-kebawah °c baru sejuk . n compressor bila setkan 22-23°c skg kjap ON kjap OFF compressor sejuk dah tak cm dulu lagi rasa panas?
    bole tau pa msalah itu tuan?
    Tq

  5. Maaf nk tnya,sy beli acon duduk..jenama acson.tp sejuk xmemuaskan.bil tinggi.dn napa air acon xkluar.ad kah faktor air acon xkeluar xsejuk..

  6. nama aircond AUX 1.0 keluar display P3 bagaimana selesaikan. saya telah cuba reset tetapi tetap sama keluar P3 selepas beberapa hari

  7. Hi…econ sya jenama hissens …mslh sya kipas dia byi kuat klu setting tuk sejuk..lps tu trpadam2…knpe ye

    • Hi. Kalau bunyi tu kena buat pemeriksaan visual. Kipas OFF mungkin masalah kapasitor atau motor kipas tidak begitu baik.

    • Tertutup2 tu boleh jadi sbb aircond diset pada auto fan. Maksudnya jika suhu 25C disetkan, aircond akan terpadam sendiri bila ruang bilik dah mencapai suhu 25C. Bila suhu ruang bilik beransur naik jadi 26C keatas, aircond akan terpasang semula sehingga suhu kembali jadi 25C dan terpadam. Begitulah seterusnya.

  8. Cikgu, aircond sy midea 1hp. Kenapa yer selepas 20mnt dia akn auto setting mode self clean. Sy dh on off main plug 3x, tetap jd mcmtu slps 20mnt

  9. Assalam tuan, aircond saya keluar display p3.. macamana boleh saya cuba usahakan sebelum panggil technition.
    Terima kasih atas tunjukajar tuan

    • Wassalam. Cuba rujuk manual aircond tu. Penting simpan manual. Sy pun tak tau aircond tn jenama apa, inverter atau non inverter. Apa tanda2 kerosakan lain pada aircond tu. Guna refrigerant apa..maklumat tak lengkap.

  10. Kenapa aircond tak sejuk keluar sekwjap warna hijau sekejap warna merah..apa masalah ye

  11. Saya punya aircond, dekat lambang kipas dia menyala warna merah. Macam mana eh. Mmg dpt rasa dah aircond tak brape nak sejuk

  12. Salam.. Sy mnggunakan aircond je is media 1HP.. aircond still x rasa sjuk walaupun temp set 18 degree.. Filter dah cuci smggu skli.. Ada apa2 msalah ke dgn aircond sy

    • Wassalam. Banyak kemungkinan. Kapasiti pendinginan sesuai ke tidak, kelajuan kipas normal atau tidak, tekanan gas mcm mana?, setting remote betul ke tidak. Adakah semua perkara dalam post di atas telah diperiksa?

  13. Salam hai Admin .sya nak tanya 2 soalan.
    1.apa fungsi baby mode ada lambang pic baby dkt remote.

    2 apa fungsi Lambang ECO dkt remote. button ECO tu warna hijau.

    • Salam hai admin.. Saya nak tanya kenapa aircond saya 5 minit sejuk then dia mcm auto sleep.. Saya dah try setting tapi still sama..

      • Salam. Try tgk remote tu kot ada apa2 setting yang salah atau tak perlu dan bila masalah ni mula berlaku. Kalau ada manual lagi bagus. Setiap aircond ada function yang berbeza.

        • Assalam nak tny.. Aircond sy jenama midea baru saje bli dlm sebulan.. Semalam mak sy ttertekan dekat remote to xtw ape.. Tbe2 dekat aircond to keluar tulisan EH 03 02..lepastu aircond xberfungsi..

    • Wassalam tn. Kalau tn ada manual pasti dapat banyak lagi info. Kalau manual takda search di goggle model aircond tn.

  14. Assalammualaikum..sy nk tny…knp aircon brada di mood warna Oren ye….x rasa Sejuk pun…nk setting mcm mane….

    • Wassalam cik. Ni kemungkinan outdoor tak jalan. Kipas luar atau compressor tak berfungsi. Jadi perlu buat pemeriksaan pada outdoor untuk elak kerosakan lebih teruk.

  15. brand air cond midea.
    tak sejuk langsung walaupun 16 sejuk.bagai mana setting cooling di remote?

  16. Apa sebab aircond bahagian belakang untuk pajerosport keluaran 2014/4×2 tidak berfungsi adakah disebabkan oleh suis atau teknikal operasi secara manual. Akan teyapi aircond bahagian depan masih beroperasi spt biasa.

  17. Cikgu, aircond sy midea 1hp. Kenapa yer selepas 20mnt dia akn auto setting mode self clean. Sy dh on off main plug 3x, tetap jd mcmtu slps 20mnt

  18. kenapa ye aircond saya kalau siang x sejuk tp bila malam sejuk..saya guan aircon panasonic inverter 1.0Hp?

  19. Salam
    Saya menggunakan ac.samsung 2.5hp masaalah saya bila on dia akan mendesah angin kuat,tak sejuk ……..bila yang mendesah itu hilang lampu dibawah timer itu berkelip kelip.apa masaalahnya encik nas?
    Terima kasih

    • Wassalam. Perkara pertama adakah unit telah diservis? Coil luar dalam adakah telah di cuci? Kemudian cek tekanan gas dan ampere.

  20. Salam..sy ingin bertanye…aircond daikin 1hp..starting hidupkn lampu menyala hijau aircond mule sejuk tetapi selepas 15min lampu hijau bertukar oren dan berkelip2…aircond mule x berfungsi dan panas…apa masalahnya ye?Terima kasih.

    • Wassalam. Kena cek tekanan gas, cek kipas luar pusing atau tak dan cek compressor jalan atau tak. Kalau dah lama tak servis, buat servis berkala untuk pastikan masalah sebenar.

      • Assalam ckgu nas.. Sy pon pakai daikin r32.. Baru je pasang xsampai sbulan.. Jarang buka aircond sbb xdduk sgt dlm bilik tu.. Kali 1 dan 2 buka still ok jd sejuk.. Kali ke 3 on .. Aircond jd rase angin kipas.. Bkn sejuk aircond.. Sebab ape ye. Hhmm

        • Wassalam cik. Besar kemungkinan ada bocor pada sistem. Kena cek semula tekanan gas, jika kurang pasti ada bocor dan perlu dibaiki dahulu kemudian tambah gas.

  21. Hi, air-con sy jenama acson, baru je servis 2 hari ini, tapi masalah xsejuk plak, yg pelik penghawa dingin sy ni keluar wap panas walaupun sy da cuba yg sejuk. Knapa ya?

  22. Cikgu nas, bagi tips nak jimatkan bil elektrik bila guna aircond? Dari segi setting atau penggunaan.

  23. Saya nak tanya..air con saya brand midea..cool mood saya pada remort dgn airo klau setting 20 sama tertapi klau tukar pada dry mood jadi suhu 32 pulak..kenpa ya..

    • Dah tentu. Dry mode bukan untuk sejuk atau merendahkan suhu bilik. Ia hanya kawal kelembapan udara dalam bilik.

  24. Assalamualaikum cikgu, nak tanya kenapa suhu aircond kurang sejuk lepas tu penapis udara berais. X sampai sebulan beli.

    • Wassalam tn. Ni kena cek balik tekanan gas, kalau kurang maknanya ada bocor. Cek juga piping, mungkin ada kemek.

  25. Salam Cikgu Nas
    Aircond Mitsubishi Heavy Ind SRK19CK sy pn jadi mslah yg lbih kurang sma..Tp yg ni lma skit..Bila on dlm sejam lbih kompressor akan berhenti..Temp dh set paling rendah 18°C Room Sensor&Coil Sensor pn dah tukar..Terminal Wire yg ke kompressor ada hangit skit dekat pin connection tu & ada 1 wayar putus dr OLP ke kompressor tp sy cuci smua kepala pin tu&potong buat blk wire tu..Pakai dalam sminggu jadi pulak..Adoi ada sebab lain x??Mohon cikgu bg tunjuk ajar sbab sakit otak dh ni mcm2 dh buat..

  26. Assalamualaikum cikgu nas .
    Saya suka baca blog cikgu
    Sangat membantu.
    Mintak cikgu halalkan ilmu yang saya baca dalam blog ni ye .

  27. Brand Aircond York.
    Masalahnya,
    1. untuk indoor unit.. sejuknya hanya yang keluar sedikit saja dan pada coling coil tepinya keluar ice.. putih…
    2. untuk out door unit.. keluaran angin kurang panas.. jadi apa puncanya kah?

    • 1) Masalah coil sumbat atau coil terlalu kotor.
      2) Kemungkinan coil condensor kotor atau motor slow.

      Untuk mengatasi masalah ini, tn buat chemical service dahulu dan lihat hasilnya.

      Rujuk catatan lepas saya di SINI.

  28. Hello cikgu nas saya mau tanya sedikit ini apa langkah-langkah pemeriksaan pada bearing kipas pengudaraan

  29. Assalamualaikum cikgu. Boleh saya tahu tak, dekat mana saya boleh beli air filter aircon tu? Sbb air filter aircon sy reput. Maybe sebab dah lama.

    • Salam. Boleh tanya kedai elektrik atau pusat servis jenama aircond tersebut ataupun di lazada.

  30. Assalamu’alaikum, Cikgu Nas. Saya guna Samsung Inverter 1HP, 2x top up gas tapI tak sejuk.1st top up bertahan 3 minggu. Kali ke-2 top up bertahan hanya seminggu. Kenapa ye? ??

    • Salam tn. Sudah pasti ada kebocoran pada sistem. Kena cari sampai dapat, jika tidak masalah tak selesai.

  31. Saya guna panasonic inverter 1.5..beli 3 bulan lepas..masalah nya kadang2 sejuk kdang2 tak..pastu compressor kejap2 jln..kejap2 tak jalan..atau compressor panasonic memang akan automatically off sendiri ke

  32. Assalamualaikum cikgu
    Aircnd panasonic inverter 1. 5 hp
    Dah buat major service + chemical servis
    Still sejuk tapi On/ Off..
    Adakah berpunca dr compreser ker?
    Tq

  33. Salam.

    Aircond rumah bila on suhu akan auto set 30drjh. Saya dh turunkan suhu pd 20 drjh tapi aircond akan set semula jadi 30 drjh. Apa perlu saya buat?

    • Salam. Suhu yang ditunjukkan tu adalah suhu bilik. Mula2 tn set suhu 20 tetapi tak dapat di capai sebab aircond tuan tak sejuk. Bila tak sejuk ni banyak kemungkinannya. Antara sebabnya adalah seperti catatan di atas.

  34. Salam cikgu nas.Aircond dirumah saya tak sejuk..n baru2 ni air cond unit dlm ada air menitik.. sy perasan mmg ada lubang di dinding..apakah lubang tersebut menyebabkan air cond kurang sejuk?

    • Salam. Unit perlu di servis kerana ia mungkin coil kotor, saluran air tersumbat ataupun penapis udara kotor, ataupun unit tidak seimbang. Lubang tu saya tak pasti, jika ia adalah saluran paip indoor ke outdoor maka ia hendaklah ditutup dengan kemas.

    • Untuk perkhidmatan aircond wiring bole call tsp aircool & maintanance 0182760216

    • Adakah semua perkara diatas telah diambil tindakan. Jika masih tidak mencapai tahap yg dikehendaki, maka eloklah beli unit baru.

  35. Assalamualaikum cikgu, nk tnya skit, aircond jenama acson bla on dia kluar angin saja Dan pstu kipas outdoor x pusing,ada lampu dk blinking color merah dkt symbol power, lpas on dan off berulang Kali bru sejuk Dan kipas outdoor pun pusinf Dan lampu yg blinking color merah tu pun dah x dak..apa puncanya dan bagaimana sya nk bt….

    • Salam. Keluar angin dan tak sejuk sebab kipas luar/compressor tidak berfungsi. Bila kes ini terjadi timer akan blinking. Perkara pertama kena cek sebab apa kipas luar dan compressor tidak berfungsi. Cek kapasitor kipas dan kapasitor compressor. Kemudian cek tekanan gas.

      Jika unit telah lama tidak diservis, maka ia perlu dilakukan servis berkala dengan segera.

  36. Salam cikgu nas.
    Saya nk tanya…
    Unit york 1hp bila on…selepas 20 minit.. outdoor unit langsung xberfungsi.
    Lampu timer blinking 3 kali.
    Untuk pengetahuan…coil sensor sy dh tukar, room sensor yg ada pada display board pon dah tukar. Masa unit berfungsi, bacaan amp normal,gas pon normal.
    Adakah perlu tekan button reset selepas tukar sensor?

    • Salam. Cuba cek semula tekanan gas. Adakah tn pasti tiada kebocoran? Kadang – kadang gas akan berkurangan selepas beberapa hari kerana kebocoran yang kecil. Jika pasti tiada kebocoran, mungkin masalah pada IC Board Indoor. Perlu tukar baru.

      Reset button tiada kaitan. Guna bila berlaku trip untuk model yang ada built in starter.

    • Saya nk tanya.. Saya guna aircind acson 1h. Baru beli 2 bln.. Say set kan mode cool ke 16 tp bilik masih x sejuk.. Nape yer

      • Jika unit baru, pemasangan mengikut manual dan setting remote dah betul. Jika masih tak berasa sejuk, saya anggap unit tersebut tidak sesuai dengan kapasiti pendinginan yang diperlukan oleh bilik.

  37. Jika air cond dah lama pakai, mungkin boleh mempertimbangkan untuk tukar ke Daikin yang sekarang jadi produk yang banyak laku di pasaran.

Leave a Reply to Nori Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *